Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Jun 02, 2013

Panas!!! PAS Tidak Akan Tunggu Sehingga PRU-14


http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/solahuddin.pngKUALA NERUS - PAS tidak akan menunggu sehingga pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 akan datang untuk melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi akan menggunakan segala ruang yang ada dalam demokrasi bagi menjatuhkan mereka bermula sekarang.

Menurut Naib Presiden PAS Solahuddin Ayob, Umno-BN telah melakukan pelbagai tipudaya bagi memastikan mereka menang pada PRU kali ke-13 lalu termasuk memadamkan lampu semasa pengiraan undi.

"mereka lakukan perkara-perkara (tipudaya) seperti yang saya katakan tadi........ini kita tidak boleh terima.......dengan itu kita tak tunggu (sehingga) PRU akan datang untuk melawan mereka,

"kita lawan sekarang............kita lawan dengan apa cara yang ada pada kita dan juga ruang yang diizinkan oleh demokrasi,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah sempena Majlis Kesyukuran PRU kali ke-13 PAS Kawasan Kuala Nerus. [Lihat Video]

Beliau menegaskan, PAS adalah parti yang berpengalaman dan bukanlah sebuah parti yang boleh ditipu dan termakan dengan 'umpan' yang dihulurkan oleh Umno-BN.

Menurutnya, PAS tidak terhutang budi dengan Umno-Bn kerana PAS bertanding dan menang dalam pilihanraya atas kerja dan usaha sendiri serta dibiayai oleh kewangan yang dihimpunkan dari serma disumbangkan oleh ahli-ahlinya.

Katanya, PAS tidak akan bertolak ansur dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang telah menjadi 'barua' kepada Umno dan Barisan Nasional.

Justeru beliau berjanji, PAS akan mengheret SPR ke muka pengadilan dan membuktikan di mahkamah bahawa mereka adalah ejen Umno yang bertanggungjawab melakukan penipuan bagi pihak Umno-BN

buletinonline.net
    

4 ulasan:

  1. Bhai,

    Salahuddin ni dah cakap mula cakap merapu ni. Ni le penangan kalah kedua-dua kerusi kat Johor dalam PRU13 tempohari.

    sapa nak lawan UMNO nih? Presiden PAS dan pemimpin-pemimpin PAS terutama dari Terengganu dengan disokong kuat oleh menantu Presiden yang dok jadi taiko besar PAS Subang nak bekerjasama dan bergabung dengan UMNO laaaaaa.

    Bawak istighfar bebanyak salahuddin...kami simpati dengan nasib sdra. Tapi bawak le bertenang, PRU 14 nanti ada lagi. Leh le sdra mencuba lagi tetapi rasanya kena bawah parti lain le, bukang PAS lagi.

    BalasPadam
  2. Hahaaa..nada seseorang yg sudah kalah tapi tidak mahu menerima kenyataan...kami sebagai rakyat akn menilai seseorang calon dr segi penkhimatan kepada rakyat, bukannya omong kosong dan mencari kesalahan org lain....harap calon2pru 14 termasuk yb2 yg media ada ambil perhatian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. party yg memerintah meme wajib kepada rakyat,tetapi apa dia buat hanya gula=gula

      Padam
  3. anda sedang mimpi atau pun anda sememangnya kaki fitnah,kesian tanpa nama 12.59.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...