Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar
Ibrahim..
Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai
beliau seorang kaki liwat tersebar luas.
Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu...
Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai
pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan
gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual!
Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri
seorang yg bernama Anwar Ibrahim...,,,akal yg waras pasti akan membuat penafian
atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau.
Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK..,,, Anwar
bukanlah pelajar yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau
menjadi kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung
memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar.
Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg
sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat beragama.
Perwatakkan beliau terbawa hingga ke Universiti.
Ramai dari kita tahu..,,, Anwar merupakan peneraju Abim,
pertubuhan pergerakan belia Islam sewaktu beliau berada di kampus Universiti
Malaya.
Seorang aktivis pelajar yg sgt lantang bersuara mengenai hak
dan kebajikan anak melayu. Memperjuangkan kehidupan dan menerapkan nilai-nilai
keislaman dlm masyarakat melayu bermula dari kampus sehingga ke
kampung-kampung.
Kemuncak kepimpinan beliau bila berlaku demostrasi dan
pemberontakkan mahasiswa sewaktu isu kampung Baling yg keseluruhan penduduknya
daif dan hanya mampu menjamah ubi kayu setiap hari utk melapik perut.
Natijahnya Anwar di penjara di bawah tahanan ISA di
kemunting atas kesalahan menghasut dan menimbulkan huru hara.
Keperibadian Anwar sangat menarik minat Tun Mahathir.
Tun Mahathir pada masa itu dapat mengagak bahawa Anwar boleh
membantu beliau utk meraih jawatan tertinggi Umno.
Tun merasakan Anwar adalah satu kuasa keramat yg mampu
menjatuh dan menaikkan reputasi seseorg politikus. Ini terbukti sewaktu Anwar
mengetuai gerakkan memprotes dan berpiket mendesak Tungku Abd. Rahman
meletakkan jawatan kerana pentadbirannya yg mengutamakan kaum cina sehingga
kaum melayu di kampung-kampung terabai.
Tun memujuk Anwar untuk bersama- sama Umno memperjuangkan
melayu dan islam.
Akhirnya keluar dari Kamunting Anwar bersetuju menyertai
Umno.
Persetujuan Anwar utk menyertai Umno telah membuatkan ABIM
gelisah. Separuh dari Mereka tidak bersetuju Anwar menyertai umno dan bukannya
Pas. Pemimpin-pemimpin Pas yg mendokong perjuangan ABIM juga jadi jauh hati.
MengapaAnwar menerima pujukan Tun Mahathir utk menyertai
Umno..!?
Anwar pernah berkata...,,, dia berniat mahu menerapkan
nilai-nilai islam ke seluruh pelusuk negara melalui perjuangan umno yg di
dokong kebanyakkan kaum melayu.
Anwar dlm Umno naik begitu mendadak sekali. Kepimpinan dan
aura pejuang melayu dan islamnya sangat besar sehingga ramai kalangan ahli Umno
mulai pandai berhujah berdasarkan petikan hadis dan al- quran. Anwar berjaya
mentraformasikan satu pertubuhan melayu menuju ke arah kepimpinan islam.
Aku masih ingat lagi sewaktu berada di tahun awal 80an.
Waktu itu memang sangat sukar untuk bertembung dgn wanita atau pelajar sekolah
yg menutup aurat dan bertudung. Nilai-nilai keislaman belum bangkit dan
meresapi budaya orang melayu.
Namun sewaktu mengalas jawatan Menteri Pendidikan..,,, Anwar
dgn lantang mengubal akta mendaulatkan bahasa melayu dan mulai mengislamkan
institusi pendidikan dgn nilai- nilai murni melalui pemakaian dan aktiviti
ibadah.
Waktu itu barulah muncul dan kelihatan wanita dan gadis-
gadis melayu memakai tudung yg menutup keseluruhan rambut.
Sekiranya ada orang yang boleh dianggap sebagai pengasas
gerakan kebangkitan semula Islam di Malaysia, dia ialah Anwar Ibrahim...!!
Nah...,,, masakan seorang penggerak perjuangan islam seorang
kaki liwat..!!
Sehingga aku menulis artikel ini..,,, belum ada seorang pun
sahabat beliau di MCKK dan UM menjelaskan atau memperakui bahawa beliau memang
seorang Gay atau biseksual..!!!
Malahan guru2 dan tenaga pengajar beliau jg amat sedih dan
bersimpati atas setiap tuduhan dan fitnah yg di lemparkan terhadap Anwar...
Kecuali sahabat politik yg akhirnya menjadi musuh politik beliau yg begitu
lantang mengiyakan fitnah tersebut.
Sbg anak muda yg sangat jahil perihal politik..,khabar itu
membuatkan aku jadi begitu teruja utk mengetahui duduk perkara sebenar...
Dulu penggunaan internet belum cukup meluas. Buku, majalah
dan akhbar menjadi media alternatif utk mencari berita dan maklumat...
Majalah Tamadun, Siasah, Detik, akbar Harakah dan buku2
politik seperti 50 dalil karangan Khalid Jafri .
50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri
adalah pemulaan agenda memusnahkan personaliti dan karektor beliau ddlm
politik. Di meriahkan dgn kesinambungan surat berantai Umi Hafilda kpd Tun
tentang salahlaku Anwar yg kononnya menjalin hubungan asmara dgn isteri abgnya
Azmin Ali. Di tambah lagi dgn tuduhan jenayah seksual yg melibatkan adik angkat
beliau serta pemandu peribadi Wan Azizah.. Membaca buku 50 dalil ini agak
mengelirukan dgn cara penulisan dan fakta yg di beri. Semacam setiap rangka dan
cerita di garap dlm bentuk tuduhan dan fitnah yg melulu.
Berbanding dgn beberapa buku yg sangat menarik karangan
Ahmad Lutfi Othman;-
##“Anwar Boneka Barat?”.
##Layakkah Anwar Ketuai Reformasi.!?
##Skandal Seks atau Konspirasi Politik!?
Pada aku buku-buku karangan beliau agak mencabar minda
kerana tulisannya memaksa pembaca berfikir dan mencari jawapan berdasarkan
fakta dan pemerhatian.
Bukan tuduhan atau fitnah yg di rancang...
Nampak sepertinya beliau mungkin semacam penentang, atau
individu yg tidak menyukai sosok diri Anwar.
Tetapi mungkin beliau sedikit kecewa dgn sikap dan peribadi
DS Anwar sewaktu dlm UmNo terhadap Pas dan pemimpin- pemimpinnya.
Aku masih teringat ayat beliau yg menilai niat Anwar
menyertai Umno umpama seekor lembu mengajak sekandang kerbau supaya tidak
bermain dgn lumpur.
Sedangkan sikap kerbau itu mana mungkin tidak sukakan
lumpur. Akibatnya lembu yg masuk ke kandang kerbau kalau tidak pun bergelumang
lumpur pasti terpalit atau terpercik juga dgn lumpur. Agak berkias dan simbolik
namun sangat menikam..!!!
Persoalan sama juga turut disentuh oleh S. H. Alattas dalam
bukunya bertajuk ” Anwar Ibrahim : Wira, Juara atau Penderhaka”,
Buku karangan S.H Alattas ini agak sedikit misteri dan
terlampau memaksa otak berfikir lama.
Tak kurang jg dgn kontroversi
Novel Shit karya Shahnon Ahmad pada tahun 1999 adaptasi
daripada pergolakan politik Anwar vs Mahathir dan Umno yang sangat haru biru
bermula dari satu episod politik dahsyat dan kebangkitan berani rakyat bersuara
dan menyatakan pendapat dan perasaan.
Karya ini lebih berbentuk sindiran yg keras atau satira yg
keterlaluan.
Episod pemecatan Anwar telah mengerakkan satu gelombang
kebangkitan rakyat melalui semangat reformasi. Gerakan reformasi bermula dr road
tour ceramah di beberapa buah negeri bagi membersihkan namanya dan menuntut Dr.
Mahathir Mohamad meletak jawatan.
Dimana- mana muncul keluarga "anti-Mahathir’ dengan
beraninya memakai lencana dan tag yang tertera slogan ‘reformasi’, ‘keadilan’,
‘lawan tetap lawan’ !!!
Kemuncak reformasi seterusnya disaksikan pada petang 20
September 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Hampir 100 ribu warga tanpa
mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk mendengar ucapan ‘terakhir’ dari
Anwar sebelum beliau ditahan oleh pihak polis pada sebelah malamnya.
Selepas Anwar dipenjara –dgn berbagai siri-siri kepincangan
institusi negara bermula dr polis, badan kehakiman,hospital dan media perdana
secara berterusan menidakkan hak dan memusnahkan karektor seorang pejuang rakyat
yg bernama Anwar...!!!
Apabila Anwar di pukul di penjara oleh ketua polis ketika
itu...,,,
Tun Mahathir dgn lantang menyatakan Anwar memukul dirinya
sendiri...
Bermula dr detik itu rakyat dan seluruh parti pembangkang
terus menyatakan simpati dan sokongan yg tidak berbelah bg terhadap Anwar.
Rakyat yg sedar mulai mengerti Anwar adalah mangsa
konspirasi jahat Tun dan sekutu- sekutunya di dalam Umno.
Mereka tidak dapat membongkar pecah amanah, rasuah atau
salahlaku politik beliau sewaktu di dalam Umno.
Makanya tuduhan jenayah liwat dan seks yg di susun dan di
rencana sejak 1997 di realisasikan pada september 1998.
Tuduhan itu dgn niat utk memusnahkan aura islamik dan
kepimpinan Anwar yg bersih.
Semuanya berpunca dari sikap Anwar yg sangat berani dan lantang
menegur kepimpinan Umno yg rasuah, kronisme serta kepincangan- kepincangan
pentadbiran di segenap kementerian.
Natijahnya Tun mulai sakit hati dan tergugat dgn kuasa dan
pengaruh Anwar yg semakin besar di dalam Umno.
Yang sedihnya, Anwar ditangkap, dibicara dan dipenjarakan
kerana kehendak penguasa, waktu itu Tun Mahathir Mohamad bukan berdasarkan
fakta keterangan dan undang-undang. Tetapi tuduhan dan agenda jenayah yg sangat
meragukan. Dan sewaktu beliau dibebaskan juga adalah kerana kemahuan Perdana Menteri,
Abdullah Ahmad Badawi yg ketika itu berbalah dari segi kepimpinan dgn Tun dan
bukan semata-mata fakta kes.
Maka aku turut bersedih... Maknanya, hakim-hakim masih tidak
bebas menentukan penghakiman dan mereka perlu melihat isyarat dari pihak
eksekutif.
Namun setelah Anwar bebas berpolitik dan bejaya menyatukan
semua parti pembangkang yg berlainan ideologi dan perjuangan dalam satu
gelombang politik baru. Kini sudah mulai kelihatan kecenderungan badan- badan
dan individu profesional yg secara terang- terangan menyokong dan mendokong
perjuangan menuju Malaysia Baru.
Gelombang perubahan ini terlakar dlm PRU12 yg menafikan
kemenangan 2/3 BN di Parlimen.
Kini gelombang itu semakin deras dan pukulan- pukulannya
semakin keras membadai BN dan Umno.
BN semakin lemah dan melonglaikan.
Rakyat mulai sedar..,,, suara mereka adalah suara keramat yg
mampu merubah politik Malaysia ke arah politik yg lebih baik,bijak dan matang.
Namun sehingga ke detik ini Umno masih bermain politik cara
lama. Masih berusaha membangkitkan sentimen kaum dan agama, membakar api
patriotik melalui agenda menuduh Anwar sbg agen Amerika dan Yahudi. Mencetuskan
sentimen hak kaum melayu yg akan hilang di sebabkan perpaduan antara DAP.
Terus- terusan mengfitnah, membuat tuduhan dan rencana jahat
mereka melabel Anwar sebagai seorang pemimpin yg tidak layak kerana punya
beberapa siri salah laku seks yg tidak pernah pun berjaya di buktikan oleh
mahkamah.
Benarlah kata Anwar..,,, beliau tidak pernah mampu berdiri
seteguh dan segagah ini tanpa doa rakyat dan restu Allah.
Tiba- tiba jiwa ku terasa bergetar dan airmataku gugur
perlahan- lahan.
Aku masih terbayang abah mengayuh basikal tua nya ke masjid
semata- mata ingin berdoa dan membaca surah yassin sewaktu keputusan bicara kes
tuduhan liwat Syaiful Bukhari terhadap Anwar di jatuhkan.
Sempat aku melihat mak pun turut mengambil wuduk dan
membacakan surah Yassin berkali- kali.
Bila aku sampaikan keputusan Anwar di bebaskan dan
dilepaskan dari tuduhan tersebut.., abah mengangkat tangan berdoa bersungguh-
sungguh. Mak yg selesai membaca surah Yassin mula menguntumkan senyuman dan
berbisik... Kali ini Anwar mungkin ikhlas berjuang utk rakyat...
Aku terpukul dan terkasima dari episod doa dan keyakinan
rakyat biasa yg sangat mempercayai Anwar adalah insan terpilih yg mampu merubah
corak Malaysia ke arah yg lebih baik...!!
Allahu akbar... Allahu akbar... Allahuakbar...!!!
REFORMASI...!!!
Lawan tetap lawan...!!!
Jom UBAH Malaysia...!!!
Dari Facebook CT
Enuar
Jika PKR letak Che GU Bard di Parlimen Aloq Setaq pun baguih... Ada Chance bleh Menang.... Ni pi letak di Sg Aceh pas tu terpaksa plak bergaduh dengan Pas tak ka haru.... Tak pun Bayan Baru ka... Akai ada ka....
BalasPadamhidup anwar demi rakyat,lawan tetap lawan sampai menang...insya ALLAH,dsai bakal pm malaysia ke7 pada pru13.!!
BalasPadamits suck . umno is the best. anwar main buntut. hidup bn
BalasPadammain bontot kau pon sedap gak
Padamhidup biar berguna kejalan Allah jangan hidup jadi hamba saitan..HIDUP PR..MAMPUS BN... PANTI LUCAH.
Padamkah23..bg satey buntok kt pencacai ni...biaq die rasa buntot tu,,,..kah12334
Padammacai umporno mmg suka lucah btol la...hahaha
Padamkalau boleh jangan la fitnah anwar tu,yakin sangat kau dengan umno tu,kalau2 x tau cite sebenar xyahlah nak bertindak melulu
Padamkorang cuba fikir secara melyeluruh ok kita ambik satu syarikat felda ok kita tahu felda ni under kerajaan ok ok then kita tgk produk2 felda gula garam tepung gandum mcm2 lagi betul x ? ok kita dah tahu apa fungsi felda ok kalau harga barang naik untung kt siapa padi ? kelapa sawit ? tebu ? padi kelapa sawit dan tebu semua sama saja yang untung tu syarikat felda berlipat ganda BN dapat komisyen jadi dia naik harga untuk keuntungan diri sendiri betul x yang menanggungnye 1 malaysia kasihan kepada peniaga2 kecil terpaksa naikkan harga minuman bagai gaji x naik2 kasihan rakyat malaysia diguna oleh kerajaan sendiri.
PadamBG DIA THU,KEJHATAN Y D'BUAT OLEH UMNO SBLM NIE AKN T'BONGKAR...KEBENARAN Y SELAMI INI DIKATAKAN PENIPU AKN MENUNJUKKAN KEBANARAN APABILA KEBENARAN BESATU...HIDUPP PAS,PKR N DAP..
BalasPadamMahadhir mohd. bapak pembohong.Hidup PAS,PKR,DAP.
BalasPadamapa pun saya masih mencari dan terus mencari apakah semua ini?sehingga aku akan ketemu DSAI sendiri kerana aku tidak mahu menjadikan diri di tipu lagi..apakah semua ini akan menjadi kenyataan??semoga apa yang benar dan betul akan muncul akhirnya..amin..
BalasPadamdan akan tiba saatnya nanti..Allah sentiasa bersama org2 yg benar & merestui perjuangannya serta harapan rakyat yg dahagakan keadilan
BalasPadamTunggula 5 tahun lagi......itupun kalau sempat
BalasPadamKita tak payah nak agung2kan pemimpin yg memyebabkan melayu berpecah belah,melayu yg terlalu taksub untuk jadi pm sehingga sanggup menjadi alat kepada agenda2 asing.fikir la.........dah kalah tak boleh terima lagi,buat demontrasi,ingat melayu semua bodo,melayu tu aje yg bodo,dap dah tambah kerusi,melayu berpecah belah sebab sorang ni......ikut cara komunis,TUJUAN MENGHALALKAN CARA.....lepas ni akan buat apa saja janji dapat jadi pm,bodo punya manusia
BalasPadamanuar mmg seorang yg bagus tetapi disebabkan idea anwar kita takot gabungan pkr,pas dan dap nie boleh membahayakan.. dap jgan kita pndang sbelah mata, idea anwar memg bagus tetapi takot2 hasil idea tuh nnty boleh mnyebabkan melayu hilang hak keistimewaan.. sedangkan ini malaysia yg pd asalnya diduduki oleh kaum melayu beragama islam..sbg cth permansuhan ptptn, itu mmg idea bernas ttp cuba fikir dr sudut lain dimana kita tahu bila ptptn dihapuskan sekaligus tiada lagi biasiswa yg diperuntukkan untuk org melayu yg bijak melanjutkan pelajaran, yelah bila pendidikan free apa guna ade biasiswa sekaligus tiada lg biasiswa, hasilnya melayu,cina,india bebas belajar dan tidak mustahal yang uitm juga bkal menyediakan kuota lebih untuk cina dan india, itu yg kita xnak, bukan nya saya rasis tetapi sbgai org melayu hak kita mesti lebuh dr segala2 kaum kat m'sia nie, dap pada pndangan sy berbahaya, bila dibawah pr, kita takot2 idea anwar untuk adil sama rata boleh menyebabkan suatu hari nnty pm pon boleh bertukar melayu,cina dan india, bila cina pgg kita takot jd mcm singapore..
BalasPadamklw stakat melayu jek gado kat cni apesal..?? nmpk ke cina gduh,,??
BalasPadamjgn cmpy mlayu merempt kat negeri sndri,,, tu jek,,, klw sbb politik ape yg haram nk dihalalkn buat ape,,,?? tgok ape da jd kat penang..??? pikirkan jek eaKK~~
Type pun macam rempit
PadamJika benar UMNO ada kesilapan atau kata lain UMNO ada buat jahat. Kenapa tak bongkarkan? Kami berani membongkarkan siapa anwar ibrahim yang sebenar. Why not korang bongkarkan siapa UMNO sebenar? Tiada bukti,tak cukup bukti,berita palsu,apakah? Berani kerana benar. Kamu yang taksub sangat dengan Anwar Ibrahim. So pikir sendiri. Semasa tahun reformasi 1998, Dr Wan Azizah membuat demokrasi itu untuk mempersoalkan kenapa anwar ibrahim dilucutkan jawatan. Demokrasi itu bukankah hanya untuk kepentingan diri sendiri. Dimana hak dekokrasi itu untuk rakyat. Pikirkan. Anda sanggup jadi anjing. Untuk melepaskan seorang tokoh yang memang salah. Mengapa mahu dirikan benang yang memang basah. Sekarang,anda kutuk Rosmah Mansuh Dan Dato seri Najib,anda boleh lihat sekarang. Kedua dua individu ini risau,sedih,sebak dan tidak membuat apa apa persediaan untuk pilihan raya kajang kerana mereka sibuk memberi sokongan moral kepada keluarga mangsa MH307. Ini adalah bentuk kepimpinan yang perlu dilihat. Dimana Anwar Ibrahim? Sibuk mempertahankan diri,sampai lupa rakyat? Begitu. Anda sedia maklum dengan salag silah keluarga. Dan kenyataan Azmin,serta kawan kawan anwar. Jadi mengapa diam? Mengapa pula perlu betulkan benda yang dah tentu salah. Al-Juburi dulunya diberi oleh Mat Sabu kepada Anwar. Tapi sekarang kedua dua tokoh ini dilihat mesra. Mengapa? Ada sogokan mungkin?
BalasPadamxpyh nk smang sgt lah ..ni sume bodoh blake ..klu masing2 buat baik ..xde tipu ,xde zalim rkyt ..hidop bhgye je ..negara ni je pelik ..hudud xbuat ..hudud tu hukum Allah ..try buat ..kompem xde org brani nk tipu2 gini .
Padampkr tuduh umno....umno tuduh pkr ...sama sama melayu...sampai kiamat pun tak habis tuduh menuduh..sedangkan kebenaran itu cuma satu ...dan yang nyatanya melayu makin berpecah...salah siapa?siapa yang berhak nak tentukan diri sendiri yang benar...sepatutnya orang melayu ni kena banyak bermuhasabah....agaknya sebab itu diakhirat nanti mulut dah tak boleh nak bercakap....banyak sangat dalihnya
BalasPadamTak perlu tggu smpai 5 tahun lg... kalau u all rasa PM skrg ni tak bleh diharapkan, mogok je ramai2....mcm negara lain. Durank mogok spy PM dia letak jawatan. Abis crita kan...Drpd duduk meleter kat social media.
BalasPadam