Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mei 10, 2012

Cadangan PAS pellihara kredibiliti Majlis Fatwa

ULASAN Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan perhimpunan BERSIH 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan.

Tindakan ini dilihat sangat tidak baik dan tidak sihat kerana kedudukan Majlis Fatwa sangat tinggi di kaca mata umat Islam kini dipertikai. Majlis Fatwa yang merupakan institusi tertinggi dan kredibilitinya dalam mengeluarkan fatwa seharusnya sentiasa dihormati dam dirujuk, namun episod terbaru ini telah menyebabkan ramai yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa.

Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian.

Saya melihat kenyataan Majlis Fatwa bukanlah perkara pelik, atau bercanggah dengan nas. Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru-hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam.

Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS tidak pertikai kenyataan tersebut.

Namun apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir telah melakukan perkara bertentangan syarak dengan menghadirkan diri di BERSIH 3.0.

Seseorang yang hadir dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak lebih-lebih lagi, jika ianya adalah sebahagian dari  penentangan terhadap kemungkaran sistem politik.

Mungkar bukan hanya melibatkan minum arak, berzina atau merompak, malah sebenarnya mungkar yang lebih besar melibatkan sistem yang rosak, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa.

Pilihan raya yang tidak adil, menipulasi daftar pemilih dan salahguna media awam adalah sebahagian daripada kemungkaran. Melihat kepada kemungkaran ini, sepatutnya para ulamak dan seluruh ahli Majlis Fatwa turun bersama-sama rakyat dalam himpunan BERSIH 3.0 bagi  menuntut sistem yang adil kerana ini menepati tuntutan syarak.

Kekecohan adalah perkara mendatang. Ia dicipta oleh pihak tertentu yang menembak gas pemedih mata dan air asid kepada orang awam yang tidak melakukan sebarang rusuhan.

Sebenarnya pencetus kekecohan adalah golongan yang melakukan kemungkaran dalam himpunan tersebut. Apatah lagi tindakan memukul, menyepak dan mendera orang ramai yang tidak melakukan sebarang keganasan yang jelas bertentangan dengan semua nilai sejagat.

Sehubungan itu, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Majlis Fatwa yang dibuat berdasarkan maklumat tidak tepat, rakaman peristiwa yang telah diedit dan sebagai orang yang bukan berada di lapangan.

Fatwa tidak boleh dikeluarkan tanpa memahami realiti keadaan dan tujuan himpunan, apatah lagi apabila fatwa dibuat berdasarkan maklumat yang  diseleweng oleh media perdana dengan menggambarkan orang ramai yang membuat huru hara dan kekecohan.

Fatwa hanya melarang  menyertai perhimpunan untuk menimbulkan huru-hara dan keganasan. Siapa yang menimbulkan huru-hara sepatutnya diberi fokus;  iaitu pasukan polis dan FRU yang mencetuskan suasana kecoh dan gawat.

Tindakan ahli dan pengerusi Majlis Fatwa menggunakan media perdana menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai penyelewengan dari maksud sebenar,.

PAS melihat Majlis Fatwa perlukan saluran media sendiri, atau melalui satu sidang media melibatkan semua pihak bagi menyalurkan pandangan dan fatwa dengan memberi penjelasan terperinci bagi sebarang fatwa yang dikeluarkan.

Dengan cara ini ianya boleh mengurangkan spin kepada kenyataan yang dikeluarkan sehingga dipertikaikan kewibawaannya.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Ketua Penerangan PAS pusat. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
#Anda Bakal Jutawan Online##
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...