Fitnah: Guan Eng berumur 8 tahun pada 13 Mei 1969
BENTONG, 24 Mei:
Adalah menjijikan dakwaan blogger Umno BN bahawa Lim Guan Eng terlibat
dengan Peristiwa 13 Mei 1969 kerana beliau berumur lapan tahun ketika
itu.
Justeru, bagi Lim Kit Siang (gambar), dengan
menggunakan internet atau laman sesawang, blogger pro Umno BN telah
menyebarkan fitnah yang dahsyat bahawa beliau telah bertanggungjawab
rusuhan 13 Mei 1969.
Blogger Umno BN juga menuduhnya merayau-merayau di jalanan Kuala
Lumpur setelah keputusan pilihan raya 1969 dibuat, sambil merejamkan
tohmahan anti-Melayu yang telah mencetuskan rusuhan 13 Mei.
“Sebenarnya, saya tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 10, 11, 12
dan 13 Mei 1969, sesuatu yang boleh disahkan oleh media massa pada masa
itu dan berdasarkan rekod polis yang ada.
“Pada masa itu, saya telah dicalonkan bertanding di kawasan Parlimen
Bandar Melaka pada 1969 dan pada pagi 13, Mei 1969, pagi lagi saya telah
menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu untuk membantu calon bebas kempen
pilihan raya di Sabah kerana pengundian di Sabah/Sarawak dalam pilihan
raya umum 1969 ditetapkan seminggu selepas pengundian di Semenanjung
Malaysia,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Beliau menjelaskan ketika berucap pada Majlis Makan Malam 1000 orang
DAP Triang sempena perasmian Bangunan Cawangan DAP Triang, malam
semalam.
Tambahnya, tetapi apa yang lebih dahsyat adalah dakwaan blogger Umno
BN bahawa Lim Guan Eng yang berpangkat Ketua Pemuda DAP pada masa itu
juga bertanggungjawab di atas rusuhan 13 Mei 1969 dan ‘mengetuai’
serangan anti-Melayu.
Menyifatkan fitnah di atas fitnah, beliau menegaskan bahawa tidak
wujud Pemuda DAP pada tahun 1969 kerana DAPSY atau Pemuda Sosialis DAP
telah ditubuhkan pada tahun 1973, dan mendiang P. Patto menjadi Ketua
Pemuda DAPSY pada masa itu.
“Umur Guan Eng pada masa itu (13 Mei) hanyalah lapan tahun dalam
bulan Mei 1969 – suatu dakwaan yang jijik yang telah dilontarkan kepada
kanak-kanak yang berumur 8 tahun sahaja, dan satu kenyataan yang jelas
bagaimana prasarana politik kini telah berkembang tanpa prinsip atau
kemuliaan menuju pilihanraya umum yang akan datang,” katanya.
Oleh itu, tanya beliau adakah menghairankan tuntutan Bersih 2.0 untuk
pilihan raya yang bersih, bebas dan adil iaitu “Hentikan Politik
Kotor”, “Hentikan Rasuah”, “Memperkukuhkan Institusi Awam” dan “Akses
Media Yang Bebas Dan Adil Bagi Arus Media Perdana” menerima sambutan
yang amat buruk daripada pemimpin Umno BN./HarakahDaily
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...