Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mei 02, 2012

Panas Umno!!!!! DAP mula perkenal calon Melayu

DAP mula perkenal calon Melayu

DAP telah mengenal pasti tiga calon Melayu utama untuk diketengahkan pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan pada bulan Jun ini, dalam usaha mengikis tanggapan umum mengenai parti yang didominasi oleh kaum Cina itu.

Menurut sumber tu, mereka disebut-sebut bakal bertanding di Pulau Pinang, Pahang dan Johor termasuklah anak bekas menteri Umno Zairil Khir Johari dan bekas ahli dewan undangan negeri Pulau Manis yang juga bekas ketua penerangan Umno Pekan Datuk Mohd Ariff Sabri.

Mohd Ariff juga penulis blog yang popular dengan gelaran Sakmongkol AK47 di alam maya.

"Seorang lagi calon DAP di kalangan pemimpin berbangsa Melayu yang akan diketengahkan ialah bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia yang juga bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Hata Wahari," kata sumber itu lagi.

‘Pengesahan' awal ke atas bakal calon ini dapat dilihat menerusi pemilihan mereka oleh pemimpin pusat parti untuk ditemubual koresponden meja luar negara akhbar Berita Harian/Berita Minggu, Darwis M Said milik Singapore Press Holdings mengenai suasana politik semasa di Malaysia.

Tujuan temubual itu dikatakan bagi memberi pendedahan kepada mereka menghadapi wawancara bersama media asing selain memperkenalkan diri kepada rakyat Singapura serta Selatan tanah air selain mempromosi agenda Pakatan dalam pilihan raya akan datang.

DAP sebelum ini sering dilabelkan media arus perdana sebagai parti cauvinis Cina ekoran kebanyakan ahlinya berbangsa Cina dan tiada seorang pun wakil rakyatnya daripada kalangan pemimpin Melayu.

Selepas pilihan raya 2008, DAP dilihat agresif dalam menarik minat orang Melayu untuk menyertai parti itu terutama selepas penubuhan laman sesawang, Roketkini.com yang menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan dan berjaya menarik banyak pihak untuk mengetahui perkembangan parti itu.

Mengenai calon-calon Melayu lain dalam DAP, sumber berkata, parti itu dijangka membariskan lebih banyak lagi nama yang sedang disenarai pendek untuk memastikan calon yang diletakkan bukan sahaja tidak bersifat perkauman malah berwibawa, bersih dan mampu menjayakan agenda parti.

"DAP terpaksa melakukan banyak tapisan dalam pemilihan calon-calon kali ini bagi mengelakkan unsur-unsur ketidaksetiaan anggota apabila sudah menang dan memastikan calon-calon yang bertanding benar-benar layak untuk membawa agenda perjuangan parti dan rakan sekutu politiknya," tambahnya.

Muka-muka Melayu lain yang menyertai DAP sebelum ini Senator Tunku Abdul Aziz, Aspan Alias yang kini bergiat cergas di Negeri Sembilan dan graduan jurusan undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd. Daud, selain Zulkifli Mohd Noor telah sekian lama menjadi anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang./MalaysiaKini
 
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)   
   
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...