Senator Australia, Nick Xenophon berkata beliau sedang mempertimbang
untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua akhbar tempatan,
termasuk Utusan Malaysia, kerana tersalah memetik ucapannya yang menggambarkan beliau sebagai anti-Islam.
"Sudah
tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja
bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak,"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Xenophon (kanan) merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) yang telah tersalah memetik ucapannya di di Parlimen Australia pada 17 November 2009.
Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.
Xenophon
mengesahkan laporan awal yang memetik jurucakap dari pejabatnya bahawa
beliau masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NST walaupun
akhbar tersebut telah memohon maaf.
Utusan Malaysia milik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang
tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.
Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia./MalaysiaKini
Xenophon (kanan) merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) yang telah tersalah memetik ucapannya di di Parlimen Australia pada 17 November 2009.
Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.
Utusan Malaysia milik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang
tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.
Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia./MalaysiaKini
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...