May 14, 2012
KUALA
LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat menggesa
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan
politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat
perjuangan parti Islam yang diterajuinya.
Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.
Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar)
berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah
kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan
parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.
Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama ‘orang Umno’ yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam.”
Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng
daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan
kerusi politik.
Dipetik Berita Harian Online, beliau bersedia mencadangkan
kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan
muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan
Islam dalam nama parti.
“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal
untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,”
katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS.
“Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah,” katanya lagi.
Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan
komen balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu “suka” terhadap
status tersebut.
Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu
memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi
yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti
negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut.
“Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis
Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan
Islam.
“Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof
Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia
ditentang oleh mufti Mesir sendiri,” tegasnya.
Justeru, beliau menuntut agar Harussani “berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran.”
Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas
saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali
yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk
membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti
itu.
Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar
segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.
“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama
memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak
sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi
mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.
Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam
kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan
pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam
menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat
sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Nik
Aziz.
Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan Bersih 3.0
tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain
mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang
awam./TheMalaysiaInsider
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Kau pukul Mufti perak ya, skrg aku pukul kau pulak ok?
BalasPadamAku hairan mengapa kau tidak mau melaksanakan hukum HUDUD di Kelantan setelah lebih 20 thn memerentah Kelantan,
a) Apakah kau takut kepada BN lebih TAKUK KEPADA ALLAH
b) Kau takut ISA lebih dp takut kpd Neraka ALLAH
c) Kau takut hilang penundi bukan Melayu
d) Kesemua di atas
Soalan di atas kau belum lagi jawab dg memuaskan
E) yang bertanya pun ngok ngek....
Padamkalau berani pergila tanya secara berdepan...setakat dlm blog...boleh jalan da....
Tanpa Nama lebih baik kau pakai samaran Tanpa Otak. Bangang tak sudah2. Kau dulu sekolah ke tidak? Dah berpuluh kali orang jawab soalan bangang kau ni, tak ye faham2 lagi. Kalau kau pandai baca, tolonglah baca balik apa PM2 UMNOngok kau cakap(ugut) bila PAS Kelantan nak laksanakan hudud di Kelantan. Janganlah tunjukkan kebodohan dan kejahilan yang amat sangat dalam blog ni.
BalasPadamMaksud kau dia lebih takut dg UMNO dp ALLAH??
BalasPadamApa jenis manusia ni??
Apala bodoh sangat lembu umno ni..
BalasPadamjawapan
a. Kerajaan kelantan dah buat dah undang2 dan kerajaan pusat tak nak berkerjasama.. jadi kerajaan pusat la perlu bertangunjawab dan menguatkuasakan undang2 tu. Polis,mahkamah dan yg berkaitan dgn kerjaan pusat.
b.Kalau kamu benar beriman dgn Allah kamu tak buat soalan bodoh ini.
c.apa nak takut orang bukan melayu pun dah faham pasa hudud ni.. bukti jelas semasa aku berborak dgn seorang cina aku ada tanya pasa hudud... apa dia jawab apa mahu takut kalau kita tak bersalah sedangkan itu hanya di pakai untuk orang islam saja...
d.kalau kamu orang islam yg beriman dgn quran dan sunah kamu pasti bersama parti islam ini...kerana pas satu satunya parti yg berpegang teguh dgn undang2 quran dan sunnah nabi...
kamu lihat sendiri la Tok guru2, alim ulama majoritinya semua di di dlm PAS... terima ksih..
Aku dulu pun ahli PAS tetapi duk tunngu hudud tak tiba2 macam tunggu kucing bertanduk, dan setelah Negara Islam disemadikan oleh Negara Kebajikan dan buku Jingga Aku terus keluar. Nyata Allah telah menarik balik peluang yang diberi kpd Nik Aziz selama hampir 20 thn untuk melaksanakan HUDUD.
PadamApa yang hendak takut sangat dg ugutan PM2 UMNO tu, jalankanlah sahaja hukum hudud yang di canangkan bertahun2 dulu, Paling berat pun hukuman yg akan di kenakan ISA (skrg telah pun dimansuhkan).
Pilot kamakazi Jepun lebih kuat kepercayaan sehingga sanggup mati kerana negaranya.
Kamu ni betul2 lembu... kah kah kah kah bodoh!!!!!!!!!
Padam