Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mei 02, 2012

Gila!!!!!!!! Dana awam biaya ‘organisasi haram’ - PKR

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendakwa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyalahgunakan dana awam untuk membiayai sebuah pertubuhan haram.

Mereka juga mendakwa mempunyai bukti bahawa kerajaan menyalurkan hampir RM5 juta setahun kepada pertubuhan haram itu yang dikenali sebagai Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) yang dianggotai ketua-ketua Wanita Umno di setiap kawasan parlimen.

"Semakan dengan Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa MPWK tidak berdaftar dan dikategorikan sebagai pertubuhan haram," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan.

Menurut Zuraida lagi, pihaknya juga mempunyai bukti bagaimana kerajaan menanggung perbelanjaan satu program mewah di hotel mahal yang dihadiri oleh keseluruhan jentera kepimpinan Wanita Umno seluruh Malaysia, atas nama MPWK itu.

"Pembiayaan aktiviti parti dan perbelanjaan yang memberi manfaat kewangan kepada pimpinan parti dengan menggunakan wang rakyat dan dana kerajaan adalah satu kesalahan besar di sisi undang-undang.

"Ini adalah penyelewengan dan salahguna kuasa yang nyata yang telah dilakukan oleh Wanita Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil," katanya lagi.

Bubar segera

Sehubungan itu beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membubarkan serta merta MPWK dan dan menghentikan semua perbelanjaan dan dana yang disalurkan kepada MPWK.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan serta merta untuk menentukan sejauh mana salahguna kuasa telah berlaku sejak 2001.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil (perlu) meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Wanita Umno kerana telah terbukti beliau terbabit di dalam penyalagunaan wang rakyat; dan

"Wanita Kkeadilan akan terus mengemukakan bukti sekiranya tidak ada maklumbalas dari Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan SPRM," katanya./HarakahDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)   
   
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...