Kasih Anak: Saya tidak pernah derhaka
ULASAN
Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh
kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada
prinsip perjuangan.
Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa
sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.
Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik.

Saya
turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul
khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.
Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.
Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.
Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.
Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno.

Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja-kerja Parti selaku Pengarah
Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke
13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.
Penulis adalah Timbalan Presiden PKR, Ahli Parlimen Gombak dan Ahli
Dewan Negeri Bukit Antarabangsa. Tulisan ini pandangan peribadi penulis
dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...