Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mei 19, 2012

Panas!!!! Bekas orang no 3 polis akan sertai PAS

Salmiyah Harun, 19 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS di Batu Kurau, Perak 20 Mei ini (esok).

Beliau akan menyerahkan borang permohonan itu dalam satu majlis Pengisytiharan Perdana di Taman Kota Wira Ulu Sepetang.

Anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.

Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu.

Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis.

Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut Mohd Akmal Kamarudin berkata, penyertaan bekas orang kuat PDRM itu dalam PAS amatlah dialu-alukan.

Malah kehadiran beliau di dalam PAS, katanya sedikit sebanyak memberi suntikan semangat tambah-tambah lagi menjelang PRU-13 nanti.

"Sekali gus menutup persepsi yang dimainkan pemerintah, bahawa PAS dan polis adalah seteru. Ianya meleset sama sekali," katanya kepada Harakahdaily.

Program Pengisytiharan Perdana itu akan berlangsung pada jam 9.00 malam dan akan dihadiri beberapa  pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Antara mereka yang akan hadir dan berceramah dalam majlis yang bersejarah itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, dan Pengerusi PKR Perak, Dr Mohd Nor Manuty.

"Orang ramai dijemput datang pada program itu, kita dengar sebab apa diai memilih PAS sebagai wadah perjuangannya. Dan mungkin ada cerita menarik yang akan dikongsi bersama nanti," katanya./HarakahDaily
 
 
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...