KUALA LUMPUR 28 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mempersoal
tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 minggu lalu
yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran Islam.
Ketua
Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan
adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk
Seri Najib Razak supaya membatalkan segala aktiviti maksiat.
“DPPM menganggap Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini.
“DPPM juga mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya
berhubung sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan,” katanya
dalam satu kenyataan.
Penganjuran sambutan Hari Belia itu yang bermula Rabu lalu dan berakhir semalam mencetus pelbagai reaksi negatif orang ramai.
Rata-rata mereka kecewa dengan program hiburan melampau yang
dihidangkan kepada anak muda termasuk penampilan artis jemputan kumpulan
wanita dari Korea, K-Pop yang mempersembahkan tarian berpakaian seksi
dan menjolok mata.
“Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan
menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.
“Mungkin inilah nilai wassatiyyah (kesederhanaan) yang hendak diterapkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Tambah Riduan, kerajaan seperti tidak kisah jika golongan belia
hanyut dengan kelalaian dan rosak akhlak asalkan mencapai matlamat
mereka untuk menarik kehadiran ramai belia.
“Apakah mesej yang hendak disampaikan dari penganjuran program maksiat seperti ini?
“Adakah konsert ini akan membina sebuah masyarakat yang sihat,
berakhlak mulia dan berminda positif atau menjadikan generasi muda lebih
liar dan jauh daripada agama Islam?
Tegas Riduan, apa yang berlaku dalam Sambutan Hari Belia itu hanya
mengesahkan bahawa Umno bukanlah sebuah parti untuk umat Islam berpaut,
tetapi Islam semakin tersisih dan terpinggir di bawah pemerintahan Umno./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
..HALAL jika ianya disokong oleh UMNO dan itulah ISLAM ala Melayu Umno dan HARAM sekiranya dihalang menegakkan kebenaran jika ianya melibatkan UMNO.
BalasPadamMAMPUS MELAYU UMNO!
btul tu tuan..zaman ini zaman EDAN!!!
Padamdarurat tu...tak pa kot...setahu aku la...ikut nasihat ustazah ma shit tah dulu tu...pegang lagi hujah dia...
BalasPadam