Anwar: Isu hudud tak jejaskan Pakatan
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak terjejas dengan liputan negatif media berhubung isu hukum hudud sejak kebelakangan ini.
Tegasnya, gabungan itu terus berada dalam "satu semangat dan keutuhan serta muafakat sedikit tidak terjejas" dengan laporan seperti itu.
"Jadi seolah-olah ada kesenjangan apa sebenarnya berlaku dan apa yang ditafsirkan di luar.
"Saya tidak meremehkan tapi kenyataannya begitu. Pakatan Rakyat akan terikat untuk masa sekarang, dalam pilihan raya dan Insya-Allah ketika membentuk kerajaan," katanya.
Sebaliknya, Anwar berkata semua parti anggotanya sepakat untuk sama-sama memperjuangkan perkara yang dipersetujui mereka dalam konvensyen Pakatan, Buku Jingga dan konsensus tentang hudud pada 28 September lalu.
Anwar mengulas kenyataannya berhubung isu hudud yang sebelum ini dikeluarkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga pengerusi DAP Karpal Singh.
Katanya, pemimpin parti itu masing-masing mengulangi pendirian yang sama untuk menghormati perbezaan pandangan berhubung isu berkenaan termasuk menghormati peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan./MalaysiaKini
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...