Harussani jadi orang tengah debat Najib-Anwar
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat, mencadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria
menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Mufti Perak itu tidak perlu bersusah payah untuk menjadi orang tengah debat PAS dan Umno, sebaliknya menjadi orang tengah debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco bagi mengulas kenyataan Mufti Perak itu yang menyerangnya dalam media dua hari lalu.
Harusani dalam media berkenaan mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai ‘melampau’ kerana meletakkan syarat untuk muzakarah dengan Umno dan menyifatkannya tidak mahu melihat perpaduan dalam Islam.
“Saya nak minta dia (Harussani) jadi orang tengah debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri Najib Tun Razak.
“Dia dah hentam PAS, tetapi nak jadi orang tengah (muzakarah PAS-Umno), mana ada orang nak terima dia.
Tambahnya, andainya Harussani enggan, beliau tidak perlu lagi bercakap banyak dan menyentuh pihak lain.
Pada masa yang sama Tuan Guru turut menjawab kenyataan Harussani yang mempersoal PAS inginkan kerusi pada pilihanraya.
Menurut Tuan Guru, kaedah sekarang sememangnya memerlukan kerusi untuk berdakwah dan menegakkan syariat.
“Andainya tidak ada kerusi, bagaimana kita nak berdakwah," ujarnya./HarakahDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Harussani..mufti "Kukur Kelapa" oghe Kelate kata "Mufti Kogghe Nyor" Faham-fahamlah fungsinya!
BalasPadamhey mufti... hey tok peti
BalasPadambenda yang remeh temeh mu nampak
perkara yang besar mu tak nampak
PM kata haramjadah mu senyap
PM tolak hukum hudud mu senyap
PM jenis rasuah ....PM jenis fitnah mu senyap
mufti jenis apa la mu ni... tok peti tok peti
mana fatwa mu ni hey tok peti jenis tok reti