Pemimpin hilang identiti ugut peneroka keluar Felda
Anis Nazri, | 15 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR:
Mana-mana pemimpin negara yang meminta para peneroka meninggalkan tanah
rancangan Felda kerana berbeza pandangan, hanya menunjukkan sikap
pemimpin yang hilang identiti kepimpinannya.
Perkara tersebut ditegaskan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) yang juga menganggap kenyataan sedemikian sebagai satu bentuk ugutan dan ancaman.
"Bagaimana seorang pemimpin boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada rakyatnya?

"Kenyataan itu juga menunjukkan Umno sudah terbiasa dengan budaya
ugut dan ancam ini sejak dahulu," kata beliau ketika dihubungi
Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said.
Mereka dilaporkan mengeluarkan kenyataan meminta para peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) keluar dari tanah rancangan tersebut.
Kedua-dua pemimpin Umno itu dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut ketika majlis penyerahan 'durian runtuh' di kawasan masing-masing.
Tambah Mazlan, selain Ismail dan Azalina, seorang lagi pemimpin Umno, Datuk Norzula Mat Diah yang merupakan Adun Paloh, Kelantan turut mengeluarkan kenyataan serupa.
Mazlan turut mendakwa para peneroka yang menyertai tanah rancangan Felda tidak masuk secara percuma, sebaliknya terpaksa membayar harga tanah walaupun hanya berkeluasan 10 ekar.
Atas sebab itu, katanya tidak ada sesiapa yang boleh mengugut atau mengancam peneroka untuk meninggalkan tanah rancangan yang telah mereka terokai selama ini.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata para peneroka mempunyai hak untuk menilai secara berhati-hati berkaitan penyenaraian FGVH, lebih-lebih lagi dengan maklumat daripada pelbagai pihak.
"Mereka merupakan warga bermaklumat, yang mempunyai hak untuk bersetuju atau sebaliknya (penyenaraian) itu. Mereka bukan seperti katak di bawah tempurung, mereka bimbang pertaruhkan kehidupan mereka seperti nasib Felda L.B Johnson, Felda Sungai Buaya, dan Felda Cahaya Baru," tegas beliau.
Dalam perkembangan sama, Mazlan berkata Anak akan memfailkan injuksi memohon pembatalan surat tawaran pinjaman bank di Mahkamah Tinggi Kuantan, esok./HarakahDaily

Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
dah para pemimpin umno tu memang semua tak berotak..bodoh..bangang..tak da daya kepimpinan..macam lembu..dan memang lembu..yang memperbodohkan melayu yang memang sentiasa suka dibodohkan..bodoh tak mau berfikir..menanti bantuan,,walau sekupang dua..lepas tu jual undi untuk terus menjadi bodoh..terus duduk bodoh..oleh pemimpin yang lebih bodoh takda ugama..
BalasPadam