Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Februari 07, 2012

Tabung Haji perkemas sistem data jemaah.... Apa Maknanya???

Lembaga Tabung Haji (TH) sedang memperkemaskan sistem pangkalan data pengurusan jemaah haji untuk menambah baik sistem pengkomputerannya supaya dapat mengatasi kelemahan sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata langkah itu diambil sebagai usaha mengekang aktiviti sindiket 'haji ekspres' yang semakin berleluasa.

"Data TH sedang dikemaskini dan kes ini bukan kes baru... kes ini sejak tahun 2010 dan sebab itu sekarang ia di peringkat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Parlimen Jerai di Guar Chempedak dekat Yan semalam.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar yang mendedahkan punca berlakunya sindiket 'haji ekspres' berikutan faktor sistem pangkalan data pengurusan jemaah haji yang lemah sehingga memberi ruang dan peluang berlakunya penyelewengan serta rasuah.

Katanya siasatan pada peringkat TH telah dibuat dan tindakan telah diambil terhadap kakitangan TH yang terlibat dalam kegiatan itu namun keputusan keseluruhan berhubung isu tersebut bergantung kepada siasatan penuh SPRM.

Jamil Khir berkata kegiatan sindiket 'haji ekspres' itu tidak menjejaskan imej TH, malah keuntungan pada tahun ini meningkat sebanyak enam peratus.

"Sebabnya ini bukan penyelewengan tetapi ini merupakan penipuan orang yang nak pergi haji cepat jadi nasihat saya siapa yang nak pergi haji cepat kena sabar," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gurun Dr Leong Yong Kong.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata beliau melihat sokongan masyarakat Cina di negeri ini terhadap Barisan Nasional semakin meningkat menerusi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gaya transformasi jujur dan ikhlas.

Pada majlis itu, Jamil Khir bersama Chor menyampaikan peruntukan berjumlah RM190,000 kepada masyarakat Cina di kawasan Parlimen Jerai untuk kegunaan aktiviti sukarela dan keagamaan serta untuk penambahbaikan sekolah-sekolah mereka.- Bernama

Rahsia Besar!!!! Wang Tabung Haji RM700 juta Pula Di sapu

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...