Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Februari 03, 2012

Berita Panas!!!!! Rumah timbalan ketua Pas Johor dibakar, kereta musnah

KUALA LUMPUR -  Rumah teres dua tingkat Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkifly Ahmad dibakar dan salah satu kereta miliknya rosak teruk, dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi tadi.Bagaimanapun Zulkifly bersama isteri dan dua anaknya serta saudara maranya selamat dengan bertindak keluar menerusi pintu belakang rumah mereka di Taman Universiti, Gelang Patah.Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.40 pagi tadi.

"Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu, dan letupan menyebabkan keluarga beliau sedar dan bertindak keluar."Beliau (Zulkifly) ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.  Anggota polis dan unit forensik ada menemui botol minyak tanah lima liter di kawasan rumah Haji Zulkifli," kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Mazlan Aliman ketika dihubungi Sinar Harian Online.Mazlan yang berada di tempat kejadian ketika dihubungi berkata, pihaknya percaya ia perbuatan khianat pihak-pihak tertentu."Haji Zulkifly akan membuat laporan polis pagi ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Zulkifly ketika dihubungi berkata, bahagian depan rumah dan ruang tetamu rosak teruk dalam kejadian awal pagi ini."Saya sedar rumah saya terbakar selepas terdengar letupan kuat. Kereta BMW saya rosak sama sekali dan satu lagi kereta rosak sebahagian. Api marak ke ruang tamu, memaksa kami keluar ikut jalan belakang," katanya yang turut mengesahkan ada menemui bekas minyak."Ini kali pertama saya alami kejadian ini. Kami ada temui bekas minyak botol," katanya sama ada beliau percaya ia akibat perbuatan khianat.www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami./sinarharian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)


DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...