Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Februari 07, 2012

Pakatan Rakyat Selangor berjaya tunaikan janji kepada rakyat- MB

IJOK, 6 FEB : Kerajaan Pakatan Rakyat mengamalkan dasar bekerja untuk rakyat tanpa mengira waktu dan bukan sekadar mengambil hati sempena pilihanraya umum sepertimana yang dilakukan kerajaan Umno-BN.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Pakatan memperuntukkan dana jutaan ringgit untuk kemudahan  rakyat, sejak memegang tampuk kerajaan negeri pada 2008.

“Setiap tahun semenjak 2008, kita memperuntukkan dana lebih daripada RM16 juta kepada sekolah persendirian Cina, Tamil dan Agama Rakyat yang sebelum ini tidak dihiraukan oleh Barisan Nasional selama berpuluh-puluh tahun.

“Ini bukti bahawa kita telah dapat jalankan tugas dan menunaikan janji-janji kita kepada rakyat,” ujar Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Sambutan Pesta Ponggal Peringkat DUN Ijok yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chi Batang Berjuntai.

Selain itu, Khalid turut memberitahu kerajaan Pakatan turut membawa banyak perubahan dalam pentadbiran negeri, antaranya dari segi pembangunan ekonomi dan sosial.
“Sebelum ini tidak pernah kita berpeluang menggunakan Sekolah Tiong Hua untuk sambutan perayaan Ponggal. Tapi kini kita sudah berpeluang.

“Inilah antara bukti bahawa kita telah bawa perubahan dalam minda tiap-tiap rakyat,” jelas Khalid lagi seperti dilaporkan TV Selangor.

Majlis yang bermula pada pukul 5 petang itu dihadiri lebih 500 orang pengunjung selain kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang lain iaitu EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkely/KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...