Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Februari 05, 2012

Penjelasan Anwar Ibrahim, pemergian Shafri terhangat di Harakah!!

Harakahdaily, 05 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 5 Feb: Penjelasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kontroversi isu diserang media Umno yang mendakwa beliau menyokong Israel dan kematian wartawan Harakah, Mohamad Shafri Shamsudin mengungguli 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu lepas.
Dalam penjelasannya, Anwar menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Sekiranya syarat tersebut dihormati, maka, kata Ketua Umum PKR itu wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati.

Sementara itu, berita mengenai tawaran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengundurkan diri atau bertanding satu kerusi sahaja di pilihanraya umum ke 13 menduduki tangga ke 3 dan 5.

Di tangan ke 3, ialah berita mengenai Anwar merayu Hadi untuk memikirkan semula tawarannya sementara tangga ke 5, ialah penilaian kolumnis Subky Abdul Latif terhadap tawaran Hadi.

Di tangga ke 4, ialah bidasan setiausaha politik Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari terhadap bekas ahli PAS, Dr Hasan Ali atas tuduhannya ke atas DAP ingin menubuhkan republik sekiranya mendapat kuasa nanti.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 5, 29 Januari hingga 4 Februari, 2012.

1
Israel: Penjelasan Anwar
2
Shafri, wartawan Harakah pergi untuk selama-lamanya
3
Anwar minta Ustaz Hadi tarik balik hasrat undur
4
Hasan Ali dangkal
5
Tawaran bijak dari Ustaz Hadi
6
Kenapa barang murah di kedai 1Malaysia sahaja?
7
Fokus PRU-13, tak perlu layan Hasan Ali
8
Pihak berkepentingan letak kepala babi di masjid
9
Tuan Guru Presiden masih diperlukan
10
Majlis Noh serah kunci diselubungi persoalan


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...