Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 06, 2012

Kaum Cina, India lebih terbuka mahu perubahan.... Melayu perlu contohi.....


KUALA TERENGGANU, 5 Feb: “Saya percaya rakyat Terengganu masih mengundi kita. Barisan Nasional menang dengan tipu. Sekarang sudah berlaku perubahan di seluruh negara,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, ujarnya kekalahan PAS Terengganu pada tahun 2004 bukan kerana ditolak oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hakikatnya, kata beliau kekalahan tersebut bukan kerana PAS dibenci oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh pemimpin Umno BN Terengganu.

Menurutnya, Umno BN telah membawa masuk sejumlah pengundi yang ramai serta tidak dikenali oleh jentera parti.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2012 di sebuah restoran di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan masyarakat Tionghua dan India lebih ke depan inginkan perubahan kepimpinan negara.

Ini kerana, katanya akhbar berbahasa Cina dan Tamil lebih bersifat terbuka membuat laporan berita berbanding dengan akhbar Melayu.

“Masyarakat Cina, masyarakat India lebih cepat (sedar) kerana surat khabar Cina, surat khabar India banyak melaporkan berita. Surat khabar Melayu masih lemah, tiada integriti dan dikongkong fikiran.

“Kami mahu orang Cina bertahan dengan menyokong kita. Kita kempen lagi supaya orang Melayu buat perubahan. Sekarang seluruh dunia sudah berubah,” ujarnya di hadapan hampir 300 hadirin.

Antara tetamu yang hadir ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Exco Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Adun Simpang Pulai, Chang Ming Kai.

Hadir sama ialah Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Pengarah Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing./HarakahDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...