Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Februari 05, 2012

BERITA PANAS!!! ISRAEL KUASAI MALAYSIA MELALUI SINGAPURA?

Ahad, 5 Februari 2012

SEJAUH manakah kebenaran kata-kata ini? Ia memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui 'tali barut-tali barut' asing di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.
Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura. Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara Pejabat Persekutuan dengan Ibu Pejabat Negeri.  
Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. 

Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa). Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM. Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.
Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai 'programmer' semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau 'programmer' biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan. Israel. Malah beliau juga bertanggung jawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. 
Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel?
Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia, seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia. 

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.Isu-Isu yang perlu diberi perhatian. Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding.

Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi. Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1,000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. 
Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit. Kesimpulannya, sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel.
Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia. Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto.

Orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara./Sumber SINI

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
    

4 ulasan:

  1. bukan sedikit bnyak lagi sykt yahud atau nominee dia yang beroperasi di malaysia tak caya tanya lah ceo glc yang jual sykt yang asalnya equiti 40% milik malaysia sebab DEB ttp di jualkat orang asing cth mmc jual balik syer kat stc, nestle,goodyear dll

    BalasPadam
  2. Dasar Singapura sangat menjaga kepentingan rakyat dan negaranya. Perkara yg membawa keuntungan kpd bangsa dan negara dipertahankan.Pemimpin bersih, tiada rasuah /penyelewengan. Utk menambah peratusan bangsa cina, Spura ada mengambil beribu2 warga dari Taiwan, Hong Kong, Cina, yg berkemahiran dan berpendidikan tinggi utk menyumbang kpd Spura. Lanun , perompak , PATI tak layak. Sebab tu banglo mewah di sana ,keliling dinding kaca tak bergril pun tak ada perompak masuk.

    BalasPadam
  3. Jambatan yg Mahathir cadang nak buat, PM Spura tolak ,sebab katanya membazir duit negaranya. Jambatan ke 2 di tanjung pelepas dibuat, sebab boleh sambung terus ke wilayah Iskandar JB, yg termasuk dlm wilayah perdagangan segi tiga Spura, iaitu Batam, Spura, Wilayah Iskandar. Najib nak bina keretapi laju dari Spura ke KL. Yg menguntungkan adalah warga Spura. Rakyat Johor pun tak masuk Spura, sebab nilai duit tinggi sangat, membazir, kecuali yg kerja di sana.

    BalasPadam
  4. Warga Spura dibiarkan beli rumah di JB, tak dikawal.Sedangkan org Msia nak beli seinci tanah pun tidak dibenarkan. Mereka boleh beli rumah di Msia terutama di JB,tanpa ada halangan. Org di Selatan Johor terpaksa bersaing dgn warga Spura utk beli rumah.Harga rumah yg terlalu mahal, 700,000 ke atas, sudah tentu mampu dibeli oleh mereka. Warga Spura boleh bersalin di JB, tapi warga Johor mengandung 4 bulan tak dibenarkan masuk. Oleh itu Msia perlu meminda undang2 tanah/hartanah supaya tidak menyesal kemudian hari. Pemimpin kita perlu buat dasar2 yg untungkan bangsa dan negara khususnya utk bumiputera.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...