Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendakwa Media Prima Berhad - yang memiliki TV3 dan syarikat media lain - cuba melakukan "membunuh karektor" Anwar melalui anak syarikat itu tanpa memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk mempertahankan dirinya.
"AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari," kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam memorandum tersebut.
Saifuddin menyerahkan memorandum itu kepada Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Mastura Adnan di Sri Pentas pagi ini. Mastura mewakili Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar./MalaysiaKini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...