Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Februari 17, 2012

Penting!!!!! Umat Islam jangan pandang ringan pilih pemimpin



KUALA LUMPUR, 17 Feb: Seluruh umat Islam digesa melibatkan diri dalam proses Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)yang bakal berlangsung dengan mendaftar sebagai pengundi dan terlibat secara agresif dalam kempen-kempen bagi memilih pemimpin yang baik menurut Islam.

Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri (gambar) ketika memperkatakan tentang tuntutan agama untuk melibatkan diri dalam politik untuk memilih pemimpin yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

"Inilah yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w. secara ijma' dan sepakat sebaik kewafatan baginda s.a.w. pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awal.

“Urusan pengkebumian Rasulullah s.a.w. telah ditangguhkan sehingga  dua hari dua malam kerana mendahulukan urusan pemilihan Khalifah yang bakal menggantikan baginda s.a.w. sebagai pemimpin dan pemerintah negara Islam sehingga akhirnya terpilihnya sahabat Nabi  s.a.w. bernama Abu Bakar r.a. sebagai Khalifah menggantikan baginda s.a.w.," kata beliau.

Oleh itu, katanya ulama-ulama yang membicarakan tentang politik pemerintahan dalam Islam seperti Abu Ya'la al-Farra' (meninggal 458H) dalam karyanya al-Ahkam al-Sultaniyyah menegaskan bahawa melantik khalifah dan pemerintah adalah satu kewajipan.

Bahkan menurut beliau lagi, Imam Ahmad pengasas Mazhab Hambali menegaskan fitnah akan berlaku sekiranya tiadanya pemerintah menguruskan urusan manusia.
Ujar beliau, atas dasar itulah umat Islam tidak boleh memandang ringan urusan pendaftaran sebagai pengundi yang melayakkan mereka memilih pemimpin dalam PRU13.

"Kegagalan mendaftar sebagai pengundi bererti membiarkan orang lain menentukan siapakah pemerintah negara pada masa akan datang, akhirnya ia memberi kesan secara langsung kepada tertegaknya atau runtuhnya agama," tegas beliau.

Justeru itu, katanya adalah sangat tidak wajar bagi orang beragama membiarkan urusan pemerintahan dikuasai oleh golongan yang jauh daripada agama hingga akhirnya membawa kepada kerosakan dalam pengurusan harta negara dengan polisi-polisi pemerintahan yang songsang dan menyeleweng daripada landasan Islam.

Malah, ujarnya Nabi Yusof alaihissalam telah meminta untuk menjadi pengurus harta negara kerana kebimbangan ianya dikuasai oleh golongan yang rosak akhlak dan tidak berkelayakan sebagaimana tawaran baginda yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah Yusof ayat 55 bermaksud: "Jadikan saya penjaga khazanah bumi kerana saya seorang pemegang amanah (hafiiz) lagi berilmu.

Kata beliau, dalam keadaan dunia akhir zaman yang dipenuhi oleh golongan yang fasiq melanggar perintah Allah, orang-orang beragama perlu tampil menawarkan diri menjadi pemerintah untuk mengelakkan negara dikuasai oleh golongan yang rakus untuk menjadi pemerintah tetapi dalam masa yang sama mempunyai kerosakan akhlak dan perangai./HarakahDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
 
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...