Katanya, daftar pemilih yang meragukan itu dibangkit sejak tahun lalu, namun SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara gagal menyelesaikan isu itu.
“Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.
“Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai,” kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat Keadilan (KEADILAN), selepas mesyuarat Pakatan Rakyat, di sini hari ini.
Menurutnya, di Selangor umpamanya, berlaku pertumbuhan pengundi di beberapa kawasan parlimen seperti Subang sebanyak 35 peratus daripada 84,000 pengundi kepada 114,000 pengundi.
Di Kota Raja pula katanya, berlaku kenaikan sebanyak 29.5 peratus sementara di Puchong pula berlaku kenaikan 25 peratus pertambahan pengundi.
Beliau juga membangkitkan isu pemindahan pengundi di Wilayah Persekutuan apabila seramai 600 pengundi dikesan dipindahkan alamat mereka.
Tegas beliau, sebagai badan bertanggungjawab, SPR dan JPN perlu mempunyai mekanisme jelas bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan.
“Sebab itu perlu ada mekanisme yang lebih telus, pendaftaran lebih sistematik dan makluman awal diberikan kepada semua pihak supaya dapat disemak dengan teliti,” ujar beliau.
Sehubungan itu, katanya, beliau mengarahkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya supaya mendesak tuntutan itu dilaksanakan segera.
“Azmin Ali, Anthony Loke, dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan,” katanya lagi./KeadilanDaily
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...