Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Februari 11, 2012

PR: Jangan jadikan gaduh di KFC I-City isu kaum


PR: Jangan jadikan pergaduhan di KFC I-City isu kaum
KLANG - Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan pergaduhan di restoran KFC I-City, Shah Alam Isnin lalu, disebabkan ketiadan bekalan ayam goreng, sebagai isu perkauman.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, turut membawa seorang saksi kejadian itu pada sidang media yang diadakan di sini pagi tadi untuk menjelaskan situasi sebenar, sekali gus menolak elemen isu perkauman dan menyangkal spekulasi liar pelbagai pihak mengenai insiden itu.
Menurut Khalid, beliau mendapati pergaduhan di restoran makanan segera itu berlaku hanya kerana salah faham dan kesilapan kedua-dua pihak.

“Pergaduhan ini terjadi kerana kesilapan kedua-dua pihak dan tidak membabitkan isu perkauman langsung.
“Ini tidak wajar berlaku kerana saya pasti kedua-dua belah pihak boleh memahami situasi dan tekanan dialami kedua-dua belah pihak,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Tambahnya, perkara itu boleh dielakkan jika pihak pengurusan lebih cekap dalam menyediakan perkhidmatan manakala para pelanggan pula bersabar dan cuba memahami tekanan dihadapi para pekerja restoran.
“Jika tidak puas hati, kedua-dua pihak boleh membuat laporan. Pihak pengurusan boleh buat aduan mengenai sikap pelanggan dan pelanggan juga boleh buat aduan mengenai servis dan layanan pekerja... salah faham seperti ini bukan boleh diselesaikan dengan pergaduhan dan tindakan kasar," katanya lagi.
Menurut Lip Eng, beliau difahamkan pihak polis akan memanggil pelanggan terbabit, Danny Ng, 26, untuk proses pengecaman di ibu pejabat polis Shah Alam dalam waktu terdekat.

Beliau berjanji untuk memulihkan keadaan dan meyakinkan mangsa untuk berdamai jika pekerja KFC itu tampil meminta maaf.

“Ia hanya soal nak beli ayam goreng, jangan tarik isu ini kepada isu perkauman, tidak ada justifikasi untuk memprovokasi atau bertindak kasar terhadap masalah seperti ini,” katanya.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai, Jess6366, seorang pekerja swasta pula berkata, ketika kejadian, yang terjadi sekitar jam 10.45 malam, dia berada di restoran tersebut bersama anak perempuannya.

"Kami sedang beratur selama satu jam. Danny berada di barisan sebelah dan pekerja kaunter berkata bekalan ayam sudah habis ketika tiba giliran Danny.

"Danny menjadi berang kerana telah menunggu hampir satu jam dan baru diberitahu yang bekalan ayam sudah habis," katanya yang sempat memperoleh pesanannya.

Saksi ini menambah, Danny mengugut bahawa dia akan membuat aduan kepada pihak pengurusan I-City mengenai perkhidmatan restoran KFC itu.

"Tiba-tiba beberapa pekerja keluar dari kawasan dapur untuk menyerang Danny, tetapi sempat dihalang oleh rakan pekerja yang lain," kata Jess6366 yang turut mempertontonkan rakaman video kepada Khalid dan Lip Eng.

Dua klip rakaman video itu turut dimuat naik di YouTube.

Bagaimanapun, katanya, seorang pekerja restoran telah menerpa ke depan lalu menumbuk Danny, menyebabkan suasana tegang di restoran ketika itu.

Berdasarkan laporan media, Danny mendakwa dia diserang oleh kakitangan sebuah restoran KFC, tetapi menafikan dia ada mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman sehingga menyebabkan pergaduhan.

Katanya, dia marah kerana menunggu lama dalam barisan pelanggan, tetapi kemudiannya diberitahu bahawa makanan yang ditawarkan telah pun habis./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
    

7 ulasan:

  1. bengong la wei...yg main kan perkaumana ialah rakan karib hangpa dalam pakatan....sapa lagi kalau bukan DAP babi...ingat melayu semua 16 mei disebabkan oloeh DAP jugak

    BalasPadam
  2. Memang bengong dengar sebelah pihak...ptui..cuba lah tanya pulak saksi saksi yang lain dan pekerja KFC itu sendiri.Memang lah PAS barua cina.

    Aku Bukan Umno dan jauh sekali PKR.Menyesal tak sudah aku undi Khalid biul ni.

    Lebai Bertuah

    BalasPadam
  3. dah kiblat apeco tu tetap menyalak tak kena gaya. yang menyesal mengundi ko pegilah mengundi parti rasuah BN tu. pasal ayam goreng seketulpun dah longgar pegangan. poyo.Islam tak kuat langsung.

    BalasPadam
  4. mamat yg komen menyesal tu mmg pegangan hidup tak kuat langsung.

    BalasPadam
  5. paling best yang gambar kat atas YB dari pas tapi dia sebut pkr. ape citer nie bro???? melatah tak kena gaya.

    BalasPadam
  6. BIAR POLIS SIASAT DAP NI MEMANG CELAKA

    BalasPadam
  7. apa kata banggali dalam cerita pramli.....tahun awal 60 han......nama sahaja melayu tapi........................apa yg belaku hari ini.................................................melayu vs melayu yg mati melayu...................tak kira lah melayu pas melayu umno melayu.pkr..............nanti menang sorak kampong tergadai...............fikir2 kan......

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...