PM akan disaman RM55 bilion dalam Tamil, BM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan menerima saman pertama dalam bahasa Tamil, di samping bahasa Melayu yang disyaratkan.
Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta.
"Kami sudah minta, dan minta, dan minta perkara itu ratusan kali," kata Uthayakumar yang turut mengedarkan risalah mencari sokongan di tengah-tengah perayaan Thaipusan di Batu Caves hari ini./MalaysiaKini
Kalu macam tu kami orang ISLAM nak tuntut juga beberapa bilion dari Kerajaan BN kerana mengabaikan SEKOLAH AGAMA RAKYAT Dan PONDOK-PONDOk yang mengajar agama Islam di Malaysia.
BalasPadam