KUALA LUMPUR 28 Feb: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno dalam program anjuran Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini, merupakan sesuatu yang telah dirancang.
Katanya, gangguan itu termasuk serangan di program ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor dan insiden Nurul Izzah yang hampir dicederakan di Gambang, Pahang.
Kumpulan pemuda Umno dan Perkasa turut menyerang peserta Himpunan Hijau di Pulau Pinang, yang dihadiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng sehingga mencederakan seorang wartawan.
“Semua insiden ini merupakan tindakan terancang Umno,” ujarnya.
Antaranya, individu yang bertindak menyerang program pelancaran Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang yang bergambar dengan senator Ezam Mohd Nor.
Manakala salah seorang kumpulan samseng yang menyerang Himpunan Hijau di Pulau Pinang pula dikaitkan dengan bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Helmi Yahya.
Menurut SAMM, rakyat seharusnya tidak lupa pertemuan Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bersama kumpulan yang mengadakan demontrasi membawa kepala lembu bagi menghina agama Hindu di Shah Alam tidak lama dahulu.
“SAMM juga simpati dengan polis yang terpaksa menjadi ‘kuda’ kepada Umno. Yakinlah polis punya rakaman, bukti yang cukup bagi mendakwa gangster ini tetapi mereka tidak mampu kerana umno melindungi mereka,” ujarnya./KeadilanDaily
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...