KUALA LUMPUR 25 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu  alasan penghakiman oleh mahkamah tinggi,  ekoran rayuan yang difailkan  peguam negara terhadap keputusan membebaskan ketua pembangkang itu.
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, tindakan susulan pihaknya  berhubung perkara itu akan hanya dibuat selepas mahkamah memberikan  alasan penghakiman tersebut.
“Kita masih menunggu apa alasan-alasan penghakiman yang akan diberikan mahkamah berhubung kes Fitnah II ini.
“Selepas itu, barulah kita berbincang dan menentukan apa langkah susulan,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Rekod rayuan tidak lengkap selagi alasan penghakiman tidak difailkan  bagi membolehkan mahkamah rayuan menentukan tarikh dan  masa  perbicaraan.
Pada 20 Januari lalu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail  memfailkan notis rayuan terhadap kes fitnah II, selepas mahkamah tinggi  mendapati Anwar tidak bersalah dan membebaskan beliau dari tuduhan  meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sebelum ini pelbagai pihak mengecam langkah peguam negara memfailkan  rayuan tersebut termasuk Majlis peguam dan pertubuhan-pertubuhan hak  asasi manusia.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee misalnya berkata, tindakan itu  menyemarakkan lagi kepercayaan rakyat bahawa pentadbiran Datuk Seri  Najib Razak berusaha menamatkan karier politik Anwar.
Manakala Peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran dan Pertubuhan Bukan  Kerajaan (NGO), ALIRAN sepakat menyatakan bahawa tindakan itu adalah  taktik berterusan perdana menteri, Najib Razak untuk memenjarakan Anwar./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
Harap kemenangan berpihak kpd DSAI.rayuan ag menunjukkan kepincangan sistem perundangan krn tindakan ini bagai digerak tangan ghaib n campur tangan kerajaan bn yg takut kehilangan kuasa dlm pru13.
BalasPadam