Ahad, Januari 08, 2012

SPR!!!!! cuba menipu rakyat!!!!

 Selangor, KL tidak guna dakwat kekal?

Selangor, KL tidak guna dakwat kekal?
PETALING JAYA – Pakatan Rakyat membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan kerana mengetepikan keputusan dibuat Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC), ber hubung penambahbaikan sistem pilihan raya.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan dibuat Ketua Pengarah SPR, Shafie Taib adalah bertentangan dengan PSC yang mahu penggunaan dakwat kekal, undi pos dan peranan Mimos untuk mengesahkan senarai pengundi induk di teruskan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Saya dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua terkejut apabila Shafie memaklumkan perkara ini, seolah-olah tidak memahami kehendak PSC yang mendapat keputusan sebulat suara di Parlimen baru-baru ini. Adakah SPR lebih berkuasa daripada Parlimen?

“Kami mahu penjelasan daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kenapa SPR negeri membuat keputusan tidak sama dengan SPR Persekutuan. Apa akan berlaku sekiranya setiap negeri berlainan ketika membuat keputusan. Mungkin di Kedah, kata boleh guna dakwat kekal manakala di Selangor sebalik nya,” katanya.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Tian Chua; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, tindakan ini mengelirukan pengundi keraguan pada SPR mengendalikan urusan pilihan raya.

Malah katanya, penjelasan SPR dengan melarang dakwat kekal untuk pengundi awal dan pengundi pos sesuatu yang pelik.

Nurul Izzah berkata, apa motif SPR negeri mahu tidak mahu mencalit dakwat itu kepada pengundi pos, sedangkan 28 Disember tahun lalu pengerusinya telah memberi lampu hijau.

Beliau turut mempersoalkan SPR negeri kerana tidak mahu menggunakan khidmat syarikat Mimos Sdn Bhd yang berperanan melakukan audit dan mengesahkan integriti pangkalan data senarai pengundi induk./SinarHarian

KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng