Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Januari 01, 2012

Seluruh rakyat perlu bersatu bersama Pakatan Rakyat - Salahudin Ayub


IPOH, 1 Jan: Pilihanraya umum ke 13 yang dijangka pada pertengahan bulan Mac ini begitu penting kepada rakyat negara ini bagi membuat perubahan besar menamatkan keangkuhan dan kezaliman Umno BN sepanjang 54 tahun memerintah negara ini.

Oleh itu, seluruh rakyat perlu bersatu bersama Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN pada pilihanraya umum ini bagi menyelamatkan negara dan rakyat negara ini daripada kehancuran dan kezaliman.

"Kita perlu bersatu dalam menuju ke Putrajaya, PAS bersendirian tidak mampu untuk ke Putrajaya, begitu juga PKR dan DAP tidak memampu ke Putrajaya jika bersendirian, kita perlu bersatu bersama Pakatan rakyat dalam memastikan langkah ke Putrajaya berjalan dengan baik, kerana itu orang Melayu, Cina dan India mesti besatu untuk kita meranapkna Umno BN melalui undi dalam pilihanraya ini," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub ketika berucap merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penykong PAS Negeri Perak di Dewan Budaya Jaan Tun Perak di sini semalam.

Rakyat negara ini telah memberikan masa yang panjang untuk Umno/BN memerintah negara ini, ternyata BN gagal mentadbir dengan baik dan banyak melakukan ketidakadilan dan kezaliman kepada rakyat serta menjuruskan negara ini ke arah kehancuran.

Menurut beliau, rakyat pelbagai kaum di negara ini mesti berani membuat perubahan besar dalam menyelamatkan negara demi masa depan genarasi yang akan datang.

"Angin perubahan telah pun berlaku di negara Amarika Syarikat dan juga negara negara Arab, sudah sampai masanya angin perubahan itu melanda negara ini, rakyat perlu bersatu untuk kit buat perubahan besar melalui undi dalam piihanraya umum ke 13 ini, jika rakyat berani membuat perubanan ini Umno/BN adalah terlalu kecil untuk kita tewaskan," tegasnya disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hampir 300 orang ahli Dewan Himpunan Pemyokong PAS negeri Perak yang memenuhi dewan tersebut.

Sehubungan itu beliau yakin Dewan Himpunan Penyokong PAS di seluruh negara mampu menggerakkan masyarakat bukan Islam untuk bangkit membuat perubahan besar kepada politik negara.

Turut berucap memyuntik semangat ahli ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak pada pelancaran itu Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Penerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Pengerusi Lajnah Perpadan Nasional PAS Perak, Mohd Zainudin Mohd Yusof, Penerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Beh Heng Kin, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar dan Setiausaha DHPP Perak, Naliraja a/l Sengadam./HarakahDaily


KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 
 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...