Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Januari 13, 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak risau!!

Anwar tak risau mereka merayu atau tidak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak risau sama ada pihak pendakwa membuat rayuan atau tidak berhubung pembebasannya daripada pertuduhan liwat.

Sambil menegaskan bahawa rayuan itu bukan urusannya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau tahu bahawa ia diperuntukkan dalam undang-undang dan perlembagaan.

Anwar yang baru pulang dari lawatan ke India dan Turki, juga berharap tidak akan ada campurtangan jika Peguam Negara membuat rayuan.

Beliau disambut oleh ratusan orang yang berhimpun di Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur ketika beliau hadir untuk solat Jumaat.

Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak dapat menerima bukti DNA yang dikemukakan

Bapa Saiful, Azlan Md Lazim, telah menggesa pihak pendakwaan supaya merayu terhadap keputusan mahkamah itu bagi menjaga maruah anak dan keluarganya.

Ketua Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, telah membayangkan Rabu lalu, bahawa beliau akan mengesyorkan mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun, ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Kamaluddin Md Said, berkata bahagian itu belum mengkaji syor Yusof itu./MalaysiaKini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...