Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Januari 08, 2012

Tersasul sebut Anwar, pembaca berita TV3 minta maaf..Kah kah kah kah ....

Nur Jamalina Jamali
SHAH ALAM - Sementara nama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sebutan banyak pihak menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok, pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay  memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Ketua Pembangkang itu, seolah-olah merujuknya sebagai perdana menteri, ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.

"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jaya Jamalina yang mesra dikenali sebagai "Jay" menerusi mesej Twitter malam tadi.

Beliau memohon maaf ekoran kritikan beberapa pihak.

Bagaimanapun, sebahagian besar pengikut dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan menerima permohonan maaf itu sambil menyifatkan ia bukan sesuatu yang disengajakan.

Misalnya, blog nescafeais menyebut, "perhatikan saat ke-50... bukan isu besar pun... cuma kelakar... sebut nama musuh kot...hahaha."

Blog muzammilarif dengan tajuk Maafkan Jay tertasul sebut Anwar pasal aktiviti PM" menulis, tengah sedap melayan Buletin TV3 malam tadi, pembaca berita yang bernama Nur Jamalina yang juga adalah calon dalam dua kategori iaitu Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita Radio Terbaik bagi tahun 2010 membuat kejutan apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri sebagai Anwar Ibrahim. Beliau kemudian memohon maaf menerusi mikroblog twitter..."

Jay tersasul apabila berkata "wartawan TV3 di Johannesburg melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar itu... lawatan Datuk Seri Najib itu dijangka..."

Anwar pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri sebelum dipecat pada September 1998.

Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam.

Jay merupakan salah seorang pembaca berita setiap jam dan laporan trafik terkini Hot FM.

Difahamkan, beliau membaca berita Buletin Utama secara sambilan.

Isu itu menjadi perhatian ketika tumpuan sema pihak beralih ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang akan mengumumkan keputusan kes liwat Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Selain itu perhatian juga tertumpu ke atas perhimpunan 901, di kawasan parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, yang akan diadakan sempena pengumuman keputusan kes tersebut./SinarHarian
 
Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...