Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Januari 02, 2012

Malu!!!! Raja Petra Kena Tibai!!! Dengan Orang India....

PKR: Komen Raja Petra kes Anwar tiada asas, fitnah
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : January 2, 2012
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR N. Surendran menyifatkan pandangan Raja Petra Kamaruddin, yang menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh kes liwatnya dalam wawancara terbaru semalam, sebagai kenyataan 'separuh benar, perli dan sindiran melampau' dan tidak disokong oleh apa-apa bukti yang boleh dipercayai.
 
Malah katanya, kenyataan pengendali blog Malaysia Today itu, yang dibawa oleh tiga akhbar edisi Ahad semalam, hanya berupa fitnah liar yang ketara.
 
"Untuk sebab-sebab tertentu, RPK (Raja Petra) mengabaikan fakta bahawa keseluruhan kes liwat merupakan satu rekaan palsu tanpa selindung oleh Umno-BN dengan kerjasama dan persuhabatan pasukan polis dan pejabat Peguam Negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
 
"Saya merujuk kepada wawancara Raja Petra yang mana beliau membincagkan ‘Perdana Menteri gay’ dalam hubungannya dengan perbicaraan kes liwat terhadap (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar," kata peguam ini sambil menambah, "saya tidak berhasrat untuk membuat spekulasi berkenaan motif Raja Petra membuat kenyataan seperti itu," katanya lagi.
 
Surendran menambah, sindiran melampau Raja Petra berdasarkan konspirasi jahat yang secara meluas tidak dipercayai di Malaysia dan di luar negara.
 
Malah katanya, perbicaraan Anwar, yang keputusannya akan diketahui 9 Januari ini, merupakan satu penghinaan terhadap keadilan dan tata cara perundangan yang adil dan dapat diterima serta ia telah dikutuk sedemikian rupa oleh badan-badan hak asasi, para pemimpin sivil dan politik di seluruh dunia.
 
"Kegagalan untuk mendedahkan bahan bukti yang penting kepada pihak pembelaan, kecacatan serius terhadap cara sampel forensik diambil, disimpan dan dianalisis, prapenghakiman kes yang tidak kukuh di sisi undang-undang dan sangat luar biasa dibuat pada penghujung penggulungan kes pendakwaan; pertemuan luar biasa di antara si pengadu dan Perdana Menteri, serta penjelasan Perdana Menteri berhubung hal ini, merupakan antara sebahagian bukti–bukti konspirasi yang cukup banyak di sebalik kes liwat kedua ini.
 
"Atas alasan yang rapuh ini, Raja Petra membina sebuah menara yang hampir roboh berasaskan andaian kabur dan sindiran liar," katanya lagi.
 
Surendran menambah, bagi video seks pula, yang didedahkan Mac lalu, ia merupakan pemalsuan yang direka-reka kerana keadaan terdesak oleh para pengkomplot akibat kegagalan mereka dalam kes liwat kedua untuk memalingkan sokongan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat.  
 
Soal beliau, "apakah Raja Petra sudah lupa, sejarah panjang Umno dalam menyalahgunakan polis, pendakwaan dan kehakiman untuk melenyapkan atau meneutralkan  tokoh-tokoh utama pembangkang."
 
"Selanjutnya, Raja Petra tidak langsung menyediakan sedikit asas atau bukti atas dakwaan luar biasanya bahawa beliau ‘90 peratus' yakin bahawa Anwar dalam video seks tersebut," katanya./SinarHarian


KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

    

1 ulasan:

  1. hanya yang berkitabkan utusan malaysia , berita harian dan tv 3 suku saja yang boleh dilembukan.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...