Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Januari 25, 2012

Isu NFC: Kit Siang gesa pengerusi PAC letak jawatan

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meletak jawatan kerana didakwa melambatkan "penyiasatan penuh" terhadap dakwaan salah urus projek Fidlot Kebangsaan.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidAhli parlimen Ipoh Barat itu menggesa Azmi (kiri) supaya "jangan
menjadi halangan" kepada siasatan segera PAC terhadap tuduhan itu agar jawatankuasa berkenaan boleh membentangkan penemuannya di Parlimen apabila ia bersidang semula Mac ini.

Lim membuat gesaan itu ekoran Azmi, yang juga ahli parlimen Padang Besar, menghentikan siasatan PAC terhadap pengurusan projek lembu itu, sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan mereka.

"Keputusan PAC menghenti atau menggantung siasatannya terhadap pendedahan Ketua Audit Negara berhubung skandal itu hanyalah kecenderungan peribadi Azmi dan bukan keputusan kolektif PAC, kerana PAC tidak mengadakan mesyuarat selepas bermulanya siasatan polis dan SPRM terhadap NFC," katanya.

"Azmi tidak seharusnya mengenakan kehendak peribadi ke atas PAC apabila kepentingan negara menuntut PAC melaksanakan kewajipannya menjalankan siasatan penyiasatan segera dan serta-merta terhadap skandal tersebut."/MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
    

1 ulasan:

  1. Azmi ni mmg bermasalah.kes ni patut disiasat dgn telus,konsisten.melengah2kan bermaksud memanipulasi dokumen2 @ evidence.mcm2 boleh dbuat utk lepaskan diri.azmi ni umno.nfc projek umno.faham2 je

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...