PKR hari ini menyatakan rasa kesal terhadap tindakan polis menangani perhimpunan di Tanjung Malim awal pagi tadi yang menyaksikan 17 orang ditahan dan seorang mahasiswa terlantar di hospital.
Parti itu menuntut pihak polis dan menteri dalam negeri membuat permohonan maaf, sekali gus memastikan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kecederaan itu dihadapkan ke muka pengadilan.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, kejadian itu menjadi saksi bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar-warkannya.
"Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat," katanya.
Dakwanya, pihak berkuasa menggunakan "kekasaran melampau" walaupun kumpulan mahasiswa sekadar menyatakan bantahan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula mendakwa mahasiswa yang tercedera itu Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan anggota polis menyebabkan "beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri."
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula mendakwa mahasiswa yang tercedera itu Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan anggota polis menyebabkan "beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri."
"Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik," katanya dalam kenyataan hari ini./MalaysiaKini
KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...