Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Januari 12, 2012

Najib Main Kotor!!! PRU13 untuk kekal Kuasa.

Bekas duta Amerika jangka PRU13 paling kotor

Pilihan raya umum ke-13 dijangka “paling kotor” kerana pemimpin Umno yang tercemar dengan rasuah akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berpaut pada kuasa, kata bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott.

NONEDalam ulasannya di Wall Street Journal hari ini, Malott (kiri) menulis walaupun Datuk Seri Najib Razak kini mendapat rangsangan politik akibat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat, pentadbiran perdana menteri Malaysia itu secara umumnya  dilihat terpalit dengan rasuah.

"Rakyat melihat rasuah semakin berleluasa dan merasakan bahawa penyokong Umno seperti biasa, sentiasa mahu membuat duit dari kontrak kerajaan.

"Ramai rakyat Malaysia kini menggunakan perkataan 'kleptokrasi' atau penyamun untuk menggambarkan kelas pemerintah mereka," tulis Malott, yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur antara tahun 1995 dan 1998.

Malott berkata persepsi orang ramai bahawa tiada pemimpin Umno mahu bertindak menangani  amalan itu, dapat dilihat baru-baru ini dalam skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Persepsi ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa Najib membisu tentang skandal terbaru," katanya./MalaysiaKini

    

1 ulasan:

  1. sebenarnya najib dan kabinetnyatak mampu utk melaksanakan Kerajaan Malaysia yg bersih dan elok sedangkan diri sendiri bersama kwn2 umno/bn dia terpalit dgn pelbagai kerja yg kotor dan menjijiknya

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...