Dua penulis blog terkemuka yang juga ahli Umno hari ini, mengakhiri spekulasi beberapa minggu masa depan politik mereka dengan menyertai DAP.
Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (kanan) bekas ADUN Pulau Manis dan pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias, berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan.
Mengenai sama ada mereka telah keluar Umno secara rasmi, Mohd Ariff berkata bahawa dengan penyerahan borang keahlian dirinya dan Aspan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bermakna keahlian Umno mereka secara automatik terbatal.
Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada Umno yang sebelum ini mendakwa DAP adalah parti yang anti-Melayu.
Mohd Ariff pernah menjadi ketua penerangan bahagian Umno Pekan yang masih diketuai oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Beliau menulis di blog dedngan nama pena Sakmongkol46 dan berjaya menarik perhatian pembaca yang agak ramai kerana artikelnya yang kritikal./MalaysiaKini

Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...