Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Januari 19, 2012

Media Setan!!! Umno Kena Saman RM50 Juta...

Anwar kemuka notis saman Utusan RM50 juta

KUALA LUMPUR 18 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman sebanyak RM50 juta daripada Utusan Malaysia ekoran laporan berbaur fitnah mengatakan Ketua Pembangkang itu menghalalkan homoseksual di negara ini.

Laporan muka depan Utusan pada 17 Januari lalu bertajuk ‘Tolak Anwar- Hasan’ memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, berdasarkan temubual Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC).
Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.

Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam satu kenyataan lewat petang semalam berkata, laporan tersebut jelas berbaur fitnah, bermotif politik dan merendahkan nilai kewartawanan.

Menurut Surendran, Anwar semasa temubual itu tegas menyatakan pendirian bahawa muslim dan bukan muslim di negara ini menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita, serta menolak budaya homoseksual.
“Maka laporan Utusan Malaysia sepenuhnya adalah salah secara terang-terangan,” jelas beliau.
“Utusan Malaysia yang dikaitkan Umno konsisten menerbitkan laporan palsu, jahat dan celupar terhadap pembangkang.
“Laporan media bermotifkan politik dan jahat telah menjadi kebiasaan kepada media aliran utama seperti Utusan Malaysia.
“Keadaan yang tidak sihat ini telah dimulakan dan digalakkan oleh kerajaan Barisan Nasional,” ujar beliau./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...