Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Januari 06, 2012

Ahli PAS Jangan Dengar Hasan Ali...Kena Dengar Presiden dan Timbalan presiden

Pemimpin, ahli Pas boleh sertai himpunan 901- Mat Sabu

KUALA LUMPUR 6 Jan: Pemimpin, ahli dan penyokong Pas boleh menghadiri perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini meskipun tiada arahan bertulis daripada pemimpin atasan, kata timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Beliau mengulas kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali semalam yang mengeluarkan kenyataan adalah tidak sesuai rakyat menyertai perhimpunan itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.
“Itu kehendak dia. Presiden dan saya akan hadir… Setakat ini tidak ada arahan bertulis (daripada Pas Pusat).
“Kalau presiden dan timbalan presiden hadir, maknanya ahli boleh hadir,” kata Mohamad Sabu ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

“Ahli dan penyokong Pas, boleh mengiringi presiden dan timbalan presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini,” kata Mohamad yang popular dengan panggilan Mat Sabu.
Mengulas kenyataan Hasan, Mohamad berkata ia adalah pandangan peribadi beliau dan bukan pendirian rasmi Pas.

“Beliau masih lagi ahli jawatankuasa Pas Pusat, beliau boleh mengemukakan (cadangan itu) dalam mesyuarat jawatankuasa. Beliau ada saluran dalam Pas.
“Kemudian Pas akan mengemukan cadangannya itu dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Keputusan mesyurat (Pakatan) adalah pandangan yang sebenar.
“Sistem kita sistem parti, bukan sistem individu,” katanya./KeadilanDaily
 
KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...