Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Januari 03, 2012

Pakatan Rakyat gerakkan 100 ribu rakyat!!! berhimpun 9 Januari

KUALA LUMPUR 3 Jan: Pakatan Rakyat akan menggembeling kekuatan 100 ribu rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk  Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini, iaitu tarikh keputusan perbicaraan Fitnah II diketahui.

“KEADILAN dengan kerjasama DAP dan PAS akan gerakkan 100 ribu rakyat Malaysia untuk turun berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, serta ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN.

Turut sama pada sidang media itu adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Abdul Hamid yang hadir menyatakan sokongan bagi pihak Pas.

Bercakap lanjut, Azmin berkata keputusan perbicaraan Fitnah II tidak akan menggugat iltizam Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, Pakatan tetap sepakat bahawa Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri ketujuh walaupun Umno BN gigih menggunakan kes Fitnah II untuk menggagalkan usaha itu.
“Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.
“Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.
“Pakatan Rakyat sepakat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh,” kata Azmin.

Menurutnya lagi, jika Anwar dibebaskan, rakyat yang turun berhimpun pada hari itu akan bersama-sama meraikan ‘kemenangan’ tersebut.
Pada hari sama keputusan Fitnah II diketahui juga, Anwar akan ke Pulau Pinang untuk menyampaikan ceramah, kata Azmin.
“Selepas keputusan mahkamah Anwar Ibrahim akan ke Pulau Pinang – samada untuk merayakan kebebasan atau meneruskan perjuangan,” kata Azmin.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus fokus memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.
“Kemenangan tersebut adalah demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta demi Malaysia baru milik rakyat,” katanya./KeadilanDaily

Kempen Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...