SUBANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya  meneruskan perjuangan sekalipun beliau dipenjara, demi membebaskan  negara ini dari kancah rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan  serta menolong rakyat miskin.
Berulang kali berkata demikian, beliau tidak digentar dipenjara,  malah pernah mengalami pelbagai seksaan, penghinaan dan dipukul tetapi  ia tidak sedikitpun mengurangkan semangat juang membela rakyat.
Kurang 60 jam menjelang keputusan kes Fitnah II, Isnin ini, Anwar  sudah sedia berdepan sebarang kemungkinan dan keputusan mahkamah, selain  bersedia di segi mental dan fizikal.
Dengan tegas, Anwar berkata: “Kes Fitnah II dan keputusannya tidaklah  penting. Yang lebih penting ialah persiapan Pakatan Rakyat menghadapi  PRU 13 supaya Pakatan dapat berkuasa di Putrajaya.
Dipetik dari HarakahDaily, kata-kata itu disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai kaum.
Dengan suara bergetar, Anwar memberitahu, beliau akan terus berjuang  sama ada di dalam penjara atau di luar penjara dan meminta  rakyat yang  mahukan kebebasan dan pemerintahan yang adil, mesti meneruskan  perjuangan.
Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa pemimpin negara Asia Barat  termasuk kerajaan baru Tunisia dan Perdana menteri Turki, Resep Rayeeb  Erdogan menawarkan beliau dan keluarganya supaya tinggal di negara  mereka tetapi beliau menolak.
“Saya tidak akan lari ke luar negara walau apapun kemungkinan yang  berlaku. Wan Azizah, anak-anak dan menantu sudah saya beritahu,”  katanya.
Minggu depan, kata Anwar, beliau akan berada di luar negara beberapa  hari untuk berucap di beberapa seminar termasuk di Turki yang akan  membincangkan persoalan gerakan Islam dan demokrasi./KeadilanDaily
  KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...