Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Januari 01, 2012

PKR desak!!!! tuntut Hisham, KPN beri penjelasan - (Isu pukul pelajar)

KUALA LUMPUR, 1 Jan: PKR mengecam tindakan polis termasuk FRU untuk meleraikan perhimpunan aman mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) secara ganas pada awal pagi ini.
Pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, difahamkan kira-kira 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI semalam sebagai bantahan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta mendesak UPSI menarik balik tindakan terhadap Adam Adli.
Adam merupakan mahasiswa UPSI yang mendapat perhatian meluas apabila menggantikan bendera yang tertera gambar PM dengan panji kebebasan akademik. 
 
Pihak polis, termasuk dua trak FRU dan pegawai Cawangan Khas hadir beramai-ramai dan pada 2.30 pagi, bertindak ganas apabila mahasiswa enggan bersurai.
Salah satu mahasiswa tersebut, Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan orang pegawai polis dan SB sebelum beliau dilarikan oleh rakan-rakannya ke Hospital Slim River

Beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri.
Sehingga kini difahamkan kira-kira 17 mahasiswa termasuk Adam Adli telah ditangkap oleh pihak polis..
Pihak mahasiswa turut mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media mereka turut dipukul pihak polis. 

“Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik,” katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau berharap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara dapat segera tampil memberikan penjelasan.
“Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan agenda transformasinya tidak membawa sebarang makna,” ujarnya./HarakahDaily
 
KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..
    

2 ulasan:

  1. salam...ubn semakin gelabah akan kebangkitan anak2 muda..adalah menjadi sunnah kejayaan perlukan pengorbanan,,BUBAR JE PARLIMEN MAKNA TAMATLAH HAYAT UMNO/BN...AAMIIIIIIIIIINNN.

    BalasPadam
  2. korang tak sedar2 ker lg semuanya itu agenda yahudi melalui nuargay? korang manusia munafik dan kapir....MATI NANTI TAUU LAH KORANG.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...