Isnin, Julai 29, 2013

Panas!! Anwar Ibrahim telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri..

       Kerjasama politik PR-BN mustahil, kata Anwar

PETALING JAYA - Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan 'hak yang dirampas', Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.

Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.

"Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN.

"Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara rakyat," tegasnya.

Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet.

Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang penulis pembangkang, Terence Netto dalam tulisannya, yang disiarkan portal Malaysiakini.

Menurut Terence, Najib menunggu untuk bertemu Anwar namun pemimpin utama pembangkang itu enggan berbuat demikian.

Tawaran Najib itu kemudiannya disampaikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, "saya perlu menghormati semangat kerahsiaan, bila perkara tersebar di media massa, tidak salah saya memberitahunya, namun pertemuan itu tidak berlaku," katanya ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam tadi.

Anwar ditanya sejauh mana laporan yang menyatakan perkara itu benar-benar berlaku.

Walaupun tidak menafikan perkara itu, Anwar bagaimanapun menyifatkannya  sebagai "khabar angin" dan tidak dikemukakan secara rasmi.

Tambah beliau, kerjasama politik antara PKR, DAP dan Pas akan kekal erat dan pihaknya lebih berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam soal keterbukaan media, pemberian kontrak secara tender terbuka dan telus serta kawalan rasuah dan jenayah secara serius.

SinarHarian

1 ulasan:

  1. Jika Dato Sri Anwar menerima jawatan TPM dari Dato Sri Najib , tawaran yang sungguh tak masuk akal di saat rakyat menghadapi ancaman jenayah, rasuah, pembunuhan bagai....kenaikan harga barang, minyak bagai..petanda PR (Pakatan Rakyat) akan bungkus buat selama lama nya dan tidak di percayai lagi oleh rakyat..!! Barang di ingat..apa yang sudah berlaku ketika tahun 1970an di mana PAS bergabung dengan BN dan kejadian selepas gabungan itu...Jangan masuk lubang yang sama buat kali kedua dan seterusnya...!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng