Sabtu, Julai 27, 2013

NGO rayu bantuan dana dan guaman

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR 26 Julai: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memohon bantuan guaman serta dana wang jaminan mahkamah bagi 33 individu yang akan didakwa berhubung perhimpunan depan bangunan Parlimen 24 Jun lalu.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin berkata, 33 individu itu akan didakwa pada 29 Julai ini mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai perhimpunan aman.

Manakala 17 daripadanya berdepan pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana didakwa merusuh.

“Jika seorang dijaminan RM3,000 bagi satu pertuduhan, ia mencecah RM150,000. Jika tidak, akan ada berpengalaman merai Aidilfitri dalam Penjara Sungai Buloh. Peguam yang sudi membantu sukarela, mohon tampil kerana selain kes ini, kami juga membina rangkaian peguam bagi kes perlawanan rakyat seluruh negara.

“Kepada berkemampuan diharap menyumbang bagi mengumpul dana bagi tujuan ikat jamin. Jika ada baki akan dikumpul bagi menjamin Orang Kena Tuduh (OKT) berkaitan kes perlawanan rakyat di masa depan,” katanya dalam kenyatan 25 Julai lalu.

Wang jaminan itu katanya tidak akan hilang selepas kes selesai, sebaliknya ia boleh diambil balik.

“Wang jaminan akan dibuat dalam buku akaun bawah nama penyumbang dan selepas kes selesai, penyumbang boleh ke mahkamah mengambil semula wang jaminan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, mana-mana peguam yang ingin memberi perkhidmatan boleh menghubungi Mohd Safwan Anang (014-8408219) atau Azmir Mustafa (012-2231239) atau emel ke samm4anakmuda@gmail.com.

Bagi penyumbang dana pula boleh terus memasukkan wang ke akaun Maybank bernombor 555041113224 atas nama Solidariti Anak Muda dan SMS ke 012-6937908 atau emel sama untuk pengesahan.

KeadilanDaily

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng