Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 09, 2013

Jangan sertakan penerimaan keputusan p'raya 13 - DSAI

Anwar: Jangan sertakan penerimaan keputusan p'raya

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan menerima perkara lain dalam nota berkenaan namun penerimaan keputusan pilihan raya itu menurutnya akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang difailkan.

Pakatan Rakyat mencadangkan agar Dewan Rakyat tidak menyertakan perkara yang menyatakan penerimaan ke atas keputusan pilihan raya umum ke-13 dalam nota menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan menerima perkara lain dalam nota berkenaan namun penerimaan keputusan pilihan raya itu menurutnya akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang difailkan.

"Ada petisyen pilihan raya daripada kedua-dua pihak. Jadi kita minta jangan masukkan (dalam nota menjujung kasih kepada Tuanku)," kata Anwar.

Pakatan dan BN telah mengemukakan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan pilihan raya umum 5 Mei di beberapa kawasan parlimen dan DUN.

Malaysiakini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...