Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Julai 30, 2011

Rahsia Jahat Profesor Emeritus Dr Muhammad Uthman Terbongkar..!!!

Uthman kecewa rahsia perjumpaan MKN bocor 

KUALA LUMPUR - Felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (Istac), Profesor Emeritus Dr Muhammad Uthman El-Muhammady kecewa dengan sikap tidak amanah individu yang mendedahkan maklumat perjumpaan tertutup mufti dan wakil majlis agama Islam negeri bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), baru-baru ini.

Muhammad Uthman berkata, sikap seperti itu bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap dirinya malah mendedahkan negara kepada bahaya.

“Apa yang saya lakukan mengikut panduan al-Quran, iaitu menggalakkan perbincangan oleh pakar-pakar sebelum didedahkan kepada umum atau menjadi rahsia negara. Mereka yang hadir di perjumpaan itu tidak sepatutnya buat sebarang pendedahan kerana memegang amanah bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman negara,” katanya.

Menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tindakan pengkhianat, Muhammad Uthman berkata, mereka juga tidak beradab kerana tergamak mendedahkan perkara tertutup selain tidak berfikir akan kesan buruk yang boleh menjejaskan diri sendiri.

“Tindakan tidak amanah seperti itu boleh menyebabkan mu`suh ambil peluang untuk melaga-laga-kan umat Islam,” katanya.

Beliau dikaitkan dengan kenyataan kononnya menuduh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda UMNO sebagai berfahaman Wahabi dalam perjumpaan itu.

Menurutnya, matlamat musuh adalah untuk melihat negara kucar-kacir dan Islam tidak lagi dihormati.

“Adakah mereka akan gembira jika ini yang berlaku?.

“Itulah yang menyebabkan saya hairan. Mengapa mereka ini yang kesemuanya golongan ilmuwan sanggup mendedahkan sesuatu yang masih dalam peringkat perbincangan?” katanya.

Menurutnya, sesuatu perkara jika berkait dengan kepentingan umum, akan didedahkan juga apabila tiba masanya dan tiada siapa yang perlu tergopoh-gapah untuk menyampaikan sesuatu yang belum jelas.

“Mereka sepatutnya sayangkan negara. Kenapa perlu buat kacau seperti itu,” katanya.

Muhammad Uthman mengingatkan “Jika ada musuh di dalam negara kita, musuh itu adalah orang Islam sendiri.”

“Saya harap hal yang seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana perbuatan seperti itu hanya akan menyebabkan malapetaka kepada semua orang yang tidak bersalah. Jangan kerana dasar liberal, bercakap sesuka hati atau kebebasan untuk semua yang dilaung-laungkan kini, menyebabkan kita tidak boleh menjadi manusia yang beradab,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beliau menuduh Mohd Asri serta 40 ulama muda UMNO yang dinafikan mereka sendiri, Muhammad Uthman enggan membuat sebarang kenyataan bagi mengelakkan ia disalah tafsir.

Terdahulu, Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab turut menafikan melabelkan mana-mana ulama dalam taklimat berhubung isu fahaman Wahabi.SinarHarian

Komen : Usaha jahat akhirnya terbongkar jua... Kali ni Umno akan Hancur..!!!! 

Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 
    

1 ulasan:

  1. aku tiada hati lansung untuk menyokong dr. Kasim Baba dan geng 40 penyamunnya. aku dah kenal tektik dan teknik yang menyebabkan dia sekarang duk melalak ke hulu ke hilir. hanya yang bangang akan masuk perangkap dr. Kasim Baba kawan baik Shahidan Kasim.
    namun aku percaya si org tua berjanggut merah tak akan berani berhujah dan bertanggungjawab dengan apa yang diluahkannya.
    dengan ilham wali mana pula beliau tiba-tiba persalahkan org yang membawa kata-katanya keluar majlis, sedangkan beliau sepatutnya bersikap jantan dan berani untuk mempertahankan kenyataannya yang didakwanya berilmiah.
    yang duduk bergaduh kedua puak ini, bukan pasal cerita wahabi atau tasauf, tetapi pasal kasih sayang UMNO, kedua-dua ditimpa angin perasan.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...