SHAH  ALAM 17 JULAI : Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan bahawa  Kerajaan negeri akan menimbang untuk memberi bayaran RM100 kepada setiap  bayi yang dilahirkan di negeri itu menerusi Program Anak Emas mulai  tahun ini.
Guan Eng dalam satu kenyataan  medianya berkata, bayaran wang tunai itu akan diserahkan kepada salah  seorang ibu bapa bayi berkenaan yang mana mereka merupakan pengundi  Pulau Pinang.
“Kerajaan negeri Pakatan Rakyat  menimbang memberikan RM100 wang tunai 'one-off' kepada setiap bayi  kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, di mana salah seorang ibu bapa  merupakan pengundi Pulau Pinang,"katanya.
“Program  Anak Emas Pulau Pinang akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan  isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan,” ujarnya.
Menurut  Guan Eng, kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun  dan RM1,000 ‘one-off’ urusan jenazah kepada waris warga emas dilancarkan  oleh kerajaan negeri tahun lalu demi mengenang jasa bakti sumbangan  warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri, telah  menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang  pula golongan yang baru lahir.
“Sebagai  kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan  berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri Pakatan Rakyat anggap  pemberian RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu  cadangan baik," katanya.
“Sungguhpun pemberian  'one-off' RM100 oleh kerajaan negeri PR adalah kecil, ia adalah untuk  meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru,” ujarnya lagi.
Guan  Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sebanyak RM20 juta  diperuntukkan setiap tahun untuk dibelanjakan bagi program penghargaan  warga emas dan waris mereka.
“Sungguhpun  program penghargaan emas ini cuba disabotajkan oleh parti  pembangkang-BN, namun usaha sabotaj mereka gagal dengan kadar  pendaftaran kini melebihi 87 peratus engan hampir 115,000 warga emas  Pulau Pinang mendaftarkan diri,” katanya lagi.
Tambah  Guan Eng lagi, sumber kewangan program baru Anak Emas Pulau Pinang ini  adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada  penjimatan hasil kejayaan kerajaan negeri dalam menjalankan kempen  antirasuah yang turut mendapat pujian Transparency International.
“Program  baru ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco Negeri Pulau Pinang  pada minggu ini dan dijangkakan makan perbelanjaan antara RM5 hingga  RM10 juta setiap tahun,” katanya.TVSNEWS
Bukti BN Agen Yahudi!!!! (video+gambar)
Iklan Penaja
Bukti BN Agen Yahudi!!!! (video+gambar)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...