Isnin, Julai 11, 2011

PRU-13 Ada Sinar Harapan Baru - Datuk A. Samad Said


KUALA LUMPUR 11 JULAI :  Di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa, Datuk A. Samad Said yang dilihat sebagai “ikon baru” berkata, sudah tiba masa tampuk kepimpinan negara memperlihatkan perubahan dengan diterajui oleh kalangan rakyat dan pilihan raya umum ke-13 akan membawa sinar harapan.
“Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa,” kata beliau pada satu ceramah di Taman Melewar dekat sini malam tadi.

Kata Sasterawan Negara itu, “selagi (golongan) bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat.”

Sehubungan itu, seniman berusia 76 tahun ini yang menjadi tumpuan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara baru-baru ini menambah, pilihan raya umum ke-13 pasti akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan tersebut.

Samad juga berkata sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang mempunyai harta dan pangkat.

Malaysia kini dipimpin oleh perdana menteri yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak, anak kepada Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masing-masing merupakan perdana menteri keempat dan kelima.

Dalam ceramahnya, Samad juga berkata, seorang sasterawan tidak perlu hanya menulis semata-mata tetapi mereka juga perlu bertindak, lapor portal The Malaysian Insider.
Oleh itu jelas beliau, sebagai seorang sasterawan, mereka tidak perlu takut dengan penulisan yang dihasilkan, yang mampu bertindak ke atas sesuatu isu.

“Seorang sasterawan, tugasnya ialah mencipta dan merakamkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Itu yang saya lakukan lebih 50 tahun. Merakam sahaja. Saya tidak berapa suka untuk merakam sahaja apa yang berlaku. Saya cemburu dengan masyarakat yang boleh bertindak dalam sesuatu perkara,” katanya.

Justeru kata Samad, apabila beliau dijemput menyertai Himpunan Bersih 2.0 secara rasmi, beliau menulis puisi yang bertajuk “Unggun Bersih”.

Samad berkata beliau ada dua lagi karya yang dihasilkan berkaitan Himpunan Bersih 2.

Samad telah membacakan sebuah puisi “Unggun Bersih” pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu di ibu negara, sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyoal siasat beliau atas dakwaan menghasut.

Di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 kelmarin, Samad merupakan antara beberapa personaliti bersama 600 penyokong gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya tiba di Stadium Merdeka di sebalik halangan dan sekatan ketat pihak polis.

Beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai “satu kejayaan besar” kerana dapat menarik kehadiran begitu ramai, didakwa dalam lingkungan 50,000 orang.

Polis menganggap hanya 6,000 orang hadir kelmarin.TVSNEWS


Iklan Penaja


Bukti BN Agen Yahudi!!!! (video+gambar)

1 ulasan:

  1. yesss...SELEPAS SHAHNON AHMAD DGN KARYA "SHIT"NYA DAN DGN TAKDIR ALLAH SWT DIPILIH MENJADI PEMIMPIN
    TETAPI MALANGNYA "STATER KUAT PICK-UP TAK ADA",

    AKHIRNYA DIJADIKAN PEMANGKIN ATAU KATALIS.. BUAT MODAL POLITIK..he...SHIT!!

    la nii.. A. SAMAD SAID TERJUN TIRUK MELUMURKAN DIRI DLM KANCAH POLITIK..he.."PANDANGAN HIDUP?.. PEGANGAN HIDUP?.. ATAU TINGGAL SEMANGAT HIDUP?

    TELAH DIKECOHKAN UJUDNYA PARTISAN GOLONGAN KETIGA..!!

    SPT KATA ALFIN TOFFLER DLM BUKUNYA "THIRD WAVE"

    PENYAKIT...MEMANG PENYAKIT BILA TERASA TAK MAHU KETINGGALAN DLM GELOMBANG PERUBAHAN..

    BILA TENGOK PENSYARAH2 SASTERA KAT U.. GELI HATI BILA TENGOK DIA MEREPEK PASAL MENCANGKUL MAKSUD SENI MAYA..TERLAMPAU IDEALISTIK DAN TAK ADA TANAH BOLEH DIPIJAK!!!

    SUDAH2LAH KALAU UMUR DAH MASUK TAKAH 4.. LUBANG KUBUR PUN DAH TAK JAUH

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng