Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 04, 2011

Pakatan Rakyat cadang BERSIH mengadap Agong - DSAI

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong mengenai rancangan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, dan mencadangkan gabungan itu memohon mengadap Seri Paduka berhubung isu pilihan raya bebas dan adil.

NONEDalam satu mesej melalui Twitter pagi ini di London, ketua umum PKR
itu berkata beliau telahpun menghubungi ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perkara tersebut dan menerima titah seri paduka secara positif.

Sehubungan itu, Anwar berharap BERSIH akan menimbang untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan kelemahan dan penipuan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," kata Anwar (kanan) dalam tweetnya.
Anwar membuat saranan tersebut ekoran titah Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya semua pihak bertenang selepas hampir dua minggu berlaku ketegangan berhubung rancangan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur berhubung sistem pilihan raya.

Sejumlah 189 orang - termasuk empat ahli parlimen dan enam orang ADUN - ditahan kerana menunjukkan sokongan kepada perhimpunan BERSIH yang diisytiharkan haram oleh kerajaan pusat BN.MalaysiaKini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...