Berapi-api Umno BN dan pencacainya  mengatakan PR agen Yahudi selama ini.. akhirnya tahi tersebut terpalit  ke muka Umno  BN sendiri. Dimana perjuangan Islam yang kamu laungan selama ini??  Sanggup mengupah blogger yang anti Islam.. kenapa tidak upah blogger  kesayangan kamu Papagomo dan Parpukari untuk memulihkan imej kamu,??  Kenapa, blogger pencacai dan penfitnah ini sudah tidak laku?? Kerana  ahli Umno pun menolaknya.. baca sini. Di mana pak-pak menteri dan media pencacai Umno BN, kenapa  diam seribu bahasa? kenapa tidak menjawab isu ini, ataupun memang tiada  jawapan? Ataupun tengah mereka-reka jawapan bangang untuk orang bangang  seperti kamu?? 
KEADILAN DAILY - Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan dakwaan  terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengupah blogger  Amerika pro-Israel, mencerminkan sikap sebenarnya terhadap Islam. Beliau  mengulas laporan Free Malaysia Today semalam mendakwa Najib dan Ketua  Menteri Sarawak , Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggunakan blogger  berkenaan bagi memperbaiki imej masing-masing. “Jika benar dakwaan  tersebut, ini jelas menunjuk sikap sebenar Najib dan Umno yang tidak  mementingkan Islam tapi berkepentingan politik,” kata Nik Nazmi ketika  dihubungi Keadilandaily.
“Saya minta Najib perjelaskan kerana selama ini mereka lantang dalam  perjuangan mempertahankan Islam. Menuduh Pakatan mengunakan agen asing,  Yahudi tapi dia (sendiri) yang menggunakan blogger pro-Israel,” katanya.  Sementara itu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia mempersoalkan sikap  membisu Utusan Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa dalam hal itu. 
“Jelas sebelum ini Utusan Malaysia dan Perkasa yang pernah memfitnah  Pakatan Rakyat sebagai anti-islam tapi bila isu upah blogger pro-israel  ini timbul, mereka diam membisu,” kata Nik Nazmi. Semalam, sebuah portal  Free Malaysia Today melaporkan bahawa Najib dan Taib mengupah  sekumpulan blogger Amerika pro-Israel yang dikesan menjalankan kempen  memfitnah Islam. 
Salah seorang blogger tersebut, Caleb Howe, sebelum ini pernah  membangkitkan kata-kata bersifat kebudak-budakkan di halaman sosial  twitter, 23 April tahun lepas dengan memburukkan Islam. Howe dan  pasukannya telah terlibat dalam beberapa kempen yang dilihat sebagai  anti-Islam di Twitter mereka, termasuk  mempersenda Nabi Muhammad. 
Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, blogger sayap kanan Amerika di belakang ‘Red State’, blog ‘New Ledger’ dan sebuah syarikat Perhubungan awam bernama Strategik Rogue Services. Perkhidmatan Rogue didakwa telah bekerja dengan Barisan Nasional (BN) sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sumber : SINI
 Iklan Penaja
Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...