Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Julai 17, 2011

Bersih 2.0 Capai Matlamat..!! Ini Buktinya..!!!

Siapa kata Bersih 2.0 gagal, inilah hasilnya...

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Bersih 2.0 oleh BN dan konco-konconya mengapa himpunan raksasa rakyat Malaysia itu diadakan. Tuduhan yang paling popular ialah mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; nak tutup isu video, nak alih isu liwat, nak tumbangkan kerajaan melalui kekerasan untuk beliau jadi Perdana Menteri dan macam-macam lagi.

Manusia yang kedua teruk menjadi bahan belasahan BN dalam isu Bersih ialah Datuk Ambiga. Beliau digelar ‘Raja Murtad’ maksudnya ketua bagi segala manusia yang murtad. Bila pula Ambiga pernah menjadi Islam tiba-tiba jadi murtad? Entahlah, mungkin tidak faham apa itu murtad. BN yang menggubal undang-undang membenarkan orang Islam murtad, tiba-tiba sensitif pula dengan isu murtad. Walhal berdekad-dekad pemimpin parti asobiyah itu asyik mempersenda hudud dan hukum Islam yang boleh menyebabkan seseorang Muslim jatuh murtad.


Lapan tuntutan Bersih 2.0 tiada kena mengena langsung dengan isu murtad atau liwat. Andai kata pihak yang memperjuangkan Bersih bukan Ambiga atau Anwar, maka himpunan Bersih 2.0 tetap akan dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia seperti yang dipamerkan pada 9 Julai lalu.

Mempertikaikan Ambiga dan mengaitkan dengan isu murtad, setelah BN gagal menghalang kebangkitan rakyat tidak lebih dari cubaan mengalih isu. Ia juga merupakan tindakan ‘tak dapat kepala, tanduk dipulas’. Ambiga bukan pemimpin parti politik dalam Pakatan Rakyat. Ambiga bukan ahli politik, dia tidak akan bertanding pilihanraya dan tidak akan jadi Perdana Menteri. Dia memimpin NGO bernama Bersih dengan konsensus dari lebih 60 NGO yang bergabung di dalamnya kerana profesionalismenya di bidang guaman serta relevan dengan isu yang diperjuangkan.

Macam jurulatih bolasepak kebangsaan Jayagopal dipilih. Apabila seluruh rakyat malaysia menyokong pasukan Malaysia, apakah bermakna mereka telah menyokong agama hindu anutan Jayagopal? (Tidak pasti dia Hindu atau Kristian tapi yg pasti dia kafir) Tidak cerdik sangatlah jika ada pihak yang mempertikaikan Jayagobal dipilih sebagai jurulatih kerana dia India non-Muslim. Tiada kena mengena ketuanan Melayu dengan bolasepak. Itu tamsilan yang sangat mudah untuk difahami.

Selepas himpunan Bersih 2.0 yang berjaya menghimpunkan beratus ribu rakyat jelata, muncul pula soalan, apa yang penganjur himpunan Bersih dapat selain dari (kononnya) menyusahkan orang ramai? Sebenarnya yang jadi punca rakyat susah ialah kawalan dan sekatan yang bukan-bukan oleh pihak tertentu atas arahan BN. Namun beban kesusahan yang dihadapi rakyat tidaklah seteruk beban kesusahan Datuk Seri Najib Tun Razak dan juak-juaknya merasa ketakutan yang luarbiasa terhadap gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan.

Seperti dijangka lapan tuntutan Bersih tidak akan dipedulikan oleh BN namun banyak manfaat diperolehi dari penganjuran Bersih 2.0, antaranya:

1. Menyerlahkan gelombang kebangkitan rakyat, PR kembali memperolehi momentum untuk memacu perjuangan sehingga pilihanraya setelah agak lama defensif. Tiba-tiba PR dari pucuk pimpinan, aktivis, ahli dan penyokong bawahan kembali bersemangat. Komitment untuk hadir ke program anjuran parti meningkat dengan mendadak di seluruh negara.

2. Berjaya mengkucar-kacirkan dalaman BN. Bila ada kelompok di kalangan mereka yang bersetuju akan demonstrasi (Perkasa dan Patriot) dan ada yang menentang, ada yang setuju Najib tawarkan stadium dan ada pulak yang tidak; maka nampaklah kecelaruan mereka. Dalam media maya, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin adalah mangsa serangan yang teruk oleh laman maya arus perdana UMNO.

3. Memberitahu bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi akan ugutan oleh pihak berkuasa kerana mereka sudah celik hak asasi dan tahu undang-undang. Serbuan polis, sekatan jalanraya, pekeliling ketua jabatan tidak dapat menghalang beratus ribu rakyat Malaysia keluar ke jalanraya menuntut demokrasi yang adil. Ramai kakitangan kerajaan serta pelajar IPTA terbabit sebagai peserta demonstrasi, tiada lagi rasa takut.

4. Media-media arus perdana yang dikuasai BN tidak lagi berkuasa melakukan perang saraf, manipulasi dan propaganda untuk menipu rakyat. Keupayaan mereka hanyalah untuk menipu penyokong tegar sendiri.

5. Media-media maya tiba-tiba dikuasai oleh penyokong PR. Serangan bertubi-tubi terhadap BN melalui laman social meningkat secara mendadak.

6. Menyerlahkan kebangkitan golongan muda dalam menentang kerajaan tua BN. Situasi ini amat membimbangkan BN kerana tidak kurang dari 80 peratus peserta himpunan Bersih adalah anak-anak muda. Video perhimpunan dan perarakan Bersih yang boleh diakses dengan mudah di medan maya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan muda yang menguasai.

7. Berjaya meruntuhkan reputasi kerajaan BN di mata dunia. Pejuang hak asasi manusia menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang yang tidak layak menerima hamparan permaidani merah di pentas dunia. Apa untungnya jika kerajaan BN ditekan pihak antarabangsa? Untungnya ialah mereka berjaya dilemahkan, justeru tidak berupaya pula menekan pihak pembangkang dengan kekuatan yang maksimum.

8. Pengiktirafan oleh Yang Di-Pertuan Agong terhadap Bersih adalah catatan kejayaan Bersih yang sangat besar. Ia mengesahkan bahawa Bersih bukan pertubuhan haram, perusuh atau pengacau. Khabarnya selepas Bersih terdapat sebuah NGO rasis cuba mohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong tetapi tidak berjaya.

9. Menyerlahkan ketakutan BN yang bukan kepalang. Mereka takut perhimpunan aman bertukar jadi revolusi yang menjatuh pemimpin kerajaan macam di Mesir dan Tunisia. Perbagai bentuk provokasi dan manipulasi dibuat untuk menggagalkan Bersih termasuk mengadakan cerita komunis, senjata dan bom petrol.

10. Kejayaan penggembelingan tenaga pelbagai kaum dalam PR. Kalau Bersih kali pertama, hampir keseluruhan peserta adalah berbangsa Melayu tetapi kini pelbagai bangsa turun memberi sokongan.

Sumber : SINI 

Iklan Penaja


Bukti BN Agen Yahudi!!!! (video+gambar)
    

10 ulasan:

  1. kau tak pernah kena liwat dek anwar aljuburi ke?

    BalasPadam
  2. jangan mimpi laa anwar nak ke putrajaya...tapi tak mengapa ada satu tempat lg yg dikhaskan untuk ejen yahudi ni....sungai buluh resort....ha ha ha

    BalasPadam
  3. lawan tetap lawan konon....kenapa nuar pujaan kau tu tak saman ummi hafilda,dato nala, yb zul dan yg lain2nya tu...takut dibongkar semua pekong anuar dimahkamah....berani kerana benar beb...aku cadangkan kau carilah keje lain yahya...tak yah lah jadi egen pakatan haram ni...sia2 je hidup kau

    BalasPadam
  4. kalau engkaulah org tuduh berzina..tapi kau tak buat...on the spot kau berani bersumpah kan? tapi kenapa si anuar pujaan kau tu sampai hari tak berani bersumpah...saiful dah lama bersumpah..elok je smpai sekarang tak dimakan sumpah pun...pikir lah secara rasional dan satu lg aku nak tanya..jahat sgt ke datuk seri najib tu dan baik sgt ke anwar,kit siang, karpal dan lain? yg kau mati2an dok pertahankan tu...melayu kat penang apa dah jadi?...kau ni bangsa melayu ke bangsa apa.....sudah2 la tu bawaklah bertaubat

    BalasPadam
  5. errr...semuanya yg komen umpama dia layak komen kesalahan org lain,aku takut kalau tuduh org tu buat salah sedangkan org tu tak salah, jenuh lu org, ALLAH pjgkan umur agar tgk sampai bila org yg korang tuduh tu buat salah seperti yg lu org tuduh....bukti kebesaran dan janji ALLAH ni aku dah tgk dpn mata...so berhati2 dgn kata2...ok apa pun aku ttp sokong KULI jd presiden umno kembali..kalau tak tgk anuar punya pemerintahan dulu...hanya 2 org ni je yg ada sebagai pelapis negara...so yg muda cpt2 belajar sifat kesabaran dan dalami agama dgn nik aziz, kebijaksanaan dlm pentadbiran dgn mahathir dan menjaga perpaduan semua kaun dgn DSAI ok...tp jgn belajar cara memboros harta rakyat dgn yg lain2 tau

    BalasPadam
  6. aku tak sokong mana2...tapi aku suka kat kenyataan dia atas...jahat sgt ke ds najib dan baik sgt ke anwar, kit siang,karpal dan lain nya...ada pernah ds najib tolak mentah2 negara islam?...tapi karpal pernah dgn angkuhnya menyebut nk tegak negara islam langkah mayat dia dulu...aku hairan org yg terang2tolak islam nik aziz juga hadi awang boleh berpelukan..anwar pulak sokong lina joy murtad jugak setuju nama ALLAH digunakan oleh kristian...isu terkini di kedah sekali dap berdehem je dgn mudah je azizan mengalah...mana maruah kita sebagai orang Islam...aku yakin 110% kalau pakatan haram ni dpt perintah malaysia Islam akan hancur...tak sedar lg ke apa yg dah dap buat kat org2 melayu dipenang...sanggup ke kita gadai negara tercinta ini demi nafsu serakah seorang manusia yg cita2nya siang mlm nak jd pm...teringat kata abuya asaari muhammad...anwar jangan mimpi nk jd perdana menteri...setelah aku teliti rentetan peristiwa yg berlaku aku yakin kata abuya asaari ini memang tepat...nasihat aku pd anwar..bertaubatlah selagi masih ada umur..sudah2lah menyusahkan rakyat malaysia...masa depan politik kau dah tamat sebenarnya..jgnlah berangan2 untuk ke putra jaya...tapi bersiap2lah untuk ke sungai buluh...

    BalasPadam
  7. tanya sikit boleh?.....jam omega anwar dah jumpa ke.....afifa tu ayah dia siapa ya?.....jangan mare...nak tau je.....ha ha ha

    BalasPadam
  8. BERSABARLAH SAUDARA2KU
    TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA TIADA SUATU PEMERINTAHAN PUN YG AKAN KEKAL BUAT SELAMA2NYA
    DAH SAMPAI MASA UTK BN BERUNDUR BILA MEREKA DAH RASA TERLALU BERKUASA SEHINGGA MEMPERKOSA AMANAH YG DIBERIKAN.

    BalasPadam
  9. Yang mengata DSAI meliwat, kau orang kena liwat dengan dia ke? Kalau tak macam mana orang tahu... cakap sahaja tak leh pakai... cakap kau pun tak leh pakai kalau tak ada 4 orang saksi adil.

    Kenapa sikit-sikit suka suruh orang bersumpah... kau orang ni anak cucu Ratu Cemara Jingga ke? Asyik2 sumpah... hukum Islam tidak membenarkan orang bersumpah melainkan kepada suami yang menuduh isterinya berzina, dia perlu bersumpah laknat... dan kesan serta merta dia tak boleh bersama isterinya itu selama-lamanya dan kedua-dua akan menunggu pembalasan dari Allah. Persoalannya Sepol tu isteri DSAI ke? atau DSAI isteri Sepol?

    Jika kamu tahu hukum Islam pasti kamu takkan berkata atau menuduh perkara-perkara sedemikian. Menuduh zina atau liwat adalah besar dosanya jika kamu tak boleh kemukakan 4 saksi termasuk kamu-kamu yang melancar serangan di atas berita dari pemimpin2 kamu.... kesaksian kamu takkan boleh diterima sehingga ke akhir hayat. Jika kamu mempunyai anak perempuan kamu tak boleh mewalikannya... jika diwalikan juga maka berzinalah anak kamu... kerana kamu adalah saksi yang tidak boleh dipercayai. Itu hukum Islam... terpulanglah kamu untuk menerima atau tidak, tetapi suka diingatkan:

    Izrail pasti akan mengambil nyawa kamu,
    Soalan Mungkar dan Nangkir adalah pasti,
    Siksaan kubur adalah benar,
    Hari Kiamat dengan tiupan sangkakala oleh Israfil adalah pasti,
    Dibangkitkan di Padang Masyar adalah pasti,
    Penyerahan kitab amalan adalah pasti,
    Timbangan Mizan adalah pasti,
    Titian Sirat susah dilepasi,
    Syurga itu pasti, dan neraka sudah pasti,

    Jadi berhati-hatilah dalam setiap perkara yang dilakukan.

    Jangan kata aku berkhutbah dan hanya layak berada di masjid, kerana Islam tidak mengamalkan dualism, kerahmatan Islam adalah untuk seluruh alam... tiada pemisahan hal dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  10. yg puak2 pakatan rakyat tuduh ds najib ada kaitan dgn pembunuhan altantuya tu...engkau org ada 4 saksi ke?....bila disuruh bersumpah terus kaitkan dgn hukum islam...awat anwar tu betul2 berpegang pd ajaran islam ke...dok fitnah ds najib,tun mahathir dan lainnya ikut ajaran islam ke tu...lantik perempuan jd pemimpin dari ajaran mana dia kutip...kalau anwar tak bersalah kenapa kes mahkamah lepas tangguh tangguh...sapa yg gelar aljuburi..bukan mat sabu ke..cuba tanya karpal kenapa dia sebut...anwar ibrahim harus bertaubat....enkau orang ingat org2 yg dedah kan perilaku anwar ibrahim ni spt zulkifli nordin dan ezam tu tak tau hukum ke...dia sanggup masuk penjara kerana mmpertahankan anwar dulu...cuba hang pikir balik kenapa dia boleh tinggalkan anwar.....last sekali aku nk tnya....jam omega mana?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...